Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.ri.ta.an] | ڤندريتاءن

Definisi : 1. perihal menderita, pe­nang­gungan: ingin dia mengadukan ~ batinnya itu kpd kawannya; 2. deritaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.ri.ta.an] | ڤندريتاءن

Definisi : 1 hal atau keadaan menderita: ~ si ibu yg kehilangan tempat bergantung itu makin lama makin bertambah. 2 perkara yg diderita (kesusahan, kesakitan dll): Dia tidak sanggup lagi menanggung ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penderitaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unnecessary sufferingpenderitaan tak perluUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKesan peperangan yang mengakibatkan penderitaan yang keterlaluan dan tidak sewajarnya berlaku sehingga melampaui batas kemanusiaan. Dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa, cara berperang yang telah digariskan adalah berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Antara prinsip perang yang perlu diikuti ialah larangan penggunaan senjata dan kaedah peperangan yang boleh menyebabkan kecederaan yang melampau atau penderitaan tak perlu terhadap penempur musuh. Contohnya, penderitaan yang dialami oleh mangsa perang akibat penggunaan senjata kimia adalah lebih teruk berbanding penggunaan senjata biasa.
bluesbluesKesusasteraanTiadaLagu bernada sayu yang mendendangkan penderitaan dan kekosongan hidup yang diiringi oleh muzik gita. Blues berasal daripada jeritan spontan hamba abdi dan banduan berkulit hitam di negeri Selatan Amerika, dan memperlihatkan penderitaan mereka. Tema blues menyentuh tentang penindasan dan penderitaan termasuklah kehilangan cinta. Imejnya pula berkisar di sekitar kereta api, penjara, rantai besi, cemeti dan beliung, malahan semua unsur ini adalah lumrah dalam penulisan lirik blues. Blues biasanya terdiri daripada susunan lirik berbari tiga yang diulang-ulang. Lagu seperti ini disebut blues hanya selepas diperkenalkan ke dalam Aliran utama muzik popular Amerika. Ramai penyair Afro-Amerika seperti Langston Hughes menggunakan bentuk blues sebagai asas puisi mereka.
torturependeraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang sangat teruk terhadap seseorang, sama ada secara fizikal atau mental. Berdasarkan Konvensyen Melawan Penderaan atau Perlakuan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tak Berperikemanusiaan atau Merendahkan, tujuan penderaan adalah untuk mendapatkan maklumat atau pengakuan, menghukum atas apa yang telah dilakukan, menggertak atau menakutkan seseorang. Penderaan dilakukan atau dihasut dengan keizinan seorang pegawai kerajaan. Contoh penderaan ialah perbuatan memotong anggota tubuh, mematahkan tulang dan melemaskan mangsa. Walau bagaimanapun, kesakitan atau penderitaan yang berlaku akibat sanksi (hukuman) undang-undang tidak termasuk dalam kategori penderaan.
punch drunknanar tinjuSukanTiadaKeadaan apabila petinju mengalami penderitaan saraf akibat tumbukan yang pernah dialaminya.
compassionbelas kasihanSejarahTiadaPerasaan belas dan memahami kesengsaraan serta penderitaan orang lain, misalnya pada tokoh atau pemimpin.
mental illnesspenyakit mental/penyakit jiwaPerubatanTiadaGangguan pada satu atau lebih fungsi akal, menyebabkan penderitaan pada pesakit sendiri atau gangguan pada orang lain.
empathic distressdistres empatikPsikologiPsikologi UmumPerasaan tidak selesa yang ditimbulkan oleh persepsi individu terhadap penderitaan orang lain. Contohnya, individu yang marah bagi pihak orang lain didorong oleh motivasi untuk mendapatkan pengiktirafan atau untuk melegakan perasaannya sendiri.
shi�r ?l-rith?�shi�r ?l-rith?�KesusasteraanTiadaPuisi Arab yang mengandungi unsur ratapan, penderitaan dan rintihan terhadap orang yang meninggal dunia. Penulisan puisi ini menjadi kebiasaan masyarakat Arab zaman Jahiliah. Walau bagaimanapun, pada masa itu penulisan hanya ditujukan kepada mereka yang mati secara biasa, bukannya mati dalam peperangan. Mereka yang mati dalam peperangan tidak akan diratapi dengan shi�r ?l-rith?� kerana mereka berperang untuk mati. Pada Zaman Umaiyyah, sebelum kematian Khalifah Mu�awiah, shi�r ?l-rith?� hanya berbentuk ratapan. Namun selepas kematian Khalifah ini, shi�r ?l-rith?� mengalami perubahan ketara. Penulisan shi�r ?l-rith?� tidak terbatas kepada orang yang meninggal dunia sahaja. Malah kepada perkara lain seperti kemusnahan kota, kematian haiwan kesayangan, atau sebarang kejadian yang membangkitkan perasaan sediah dan kecewa si penyair. Tradisi ini diteruskan dalam kesusasteraan pada Zaman Abbasiah. Penyair shi�r ?l-rith?� yang terkemuka pada zaman ini ialah Abu Tammam. Dalam sastera Parsi, Farrukhi Sistani mencipta sajak shi�r ?l-rith?� sempena kemangkatan Sultan Mahmud Ghaznavi. Lihat juga shi�r ?l-?khr, shi�r ?l-m?d?.
elegyelegiKesusasteraanTiada1. Puisi yang mengandungi nada serius dalam bentuk tertentu, dicipta bagi menggambarkan suatu suasana penderitaan jiwa disebabkan perpisahan.
concentration campkem tahananSejarahTiadaTempat tahanan perang, politik, pelarian atau pendatang asing ditahan dan diasingkan, kadang kala mengalami penderitaan secara fizikal dan mental.
123

Kembali ke atas