Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.dé.ta] | ڤنديتا

Definisi : (pendéta) 1. orang yg banyak ilmu (pandai-pandai); 2. orang yg ahli dlm agama Hindu (Kris­tian dll); 3. orang yg bertapa (dlm cerita-cerita lama); kependetaan 1. sbg seorang pendeta: mereka lebih mengutamakan hidup ~; 2. darjah kebijaksanaan pendeta: rangkap-rangkap yg manakah yg buruk baiknya perlu dinilai oleh pendeta mengikut ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.dé.ta] | ڤنديتا

Definisi : /pendéta/ 1 orang yg banyak ilmunya serta dalam pengetahuannya: ~ Za’ba. 2 orang yg bertapa (dlm cerita-cerita lama). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pendeta (kata nama)
1. Bersinonim dengan pujangga: ilmuwan, ilmiawan, sarjana, cendekiawan, cerdik pandai, mahaguru, profesor, pakar, ahli, bijak pandai,

2. Bersinonim dengan ulama: sami, paderi, paus, biarawan, biarawati, boksu, maharesi,

3. Bersinonim dengan pertapa: wiku, biku, biksu, biksumi.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENDETA BAHASA

PENDETA BAHASA, gelaran yang diberi kepada orang perseorangan yang ahli atau pakar dalam bidang bahasa Melayu serta berjasa terhadap bahasa tersebut.  Gelaran ini dianugerahkan oleh badan bahasa atau kongres bahasa Melayu.  Antara ahli bahasa Melayu yang mendapat gelaran Pendeta ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba).  Za’ba telah mendapat gelaran Pendeta Bahasa Melayu dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Baru dan Singapura pada tahun 1956.  Tiga orang lagi yang telah dianugerahi Pendeta Bahasa oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) ialah Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman, Richard O. Winstedt dan Mejar Dato’ Haji Muhammad Said bin Haji Suleiman.

BAHASAKonsep
ARIUS

Arius (256?–336 M.) ialah pendeta di Iskandariah,

Mesir yang mengasaskan pandangan teologi

Kristian awal yang dikenali sebagai Arianisme . Pada

tahun 318 M., Arius mencabar doktrin bahawa

ketiga-tiga orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak

dan Roh Kudus – adalah sama. Arius mengajar

bahawa Tuhan sebagai Bapa adalah lebih tinggi

kedudukannya daripada Tuhan sebagai Anak iaitu

Jesus Christ, dan kedua-duanya lebih tinggi

daripada Roh Kudus.

UMUM 
ZA'BAtokoh bahasa Melayu yang digelar Pendeta.BAHASATokoh
SOCRATES

Socrates (469? S.M.–399 S.M.) ialah ahli falsafah

dan pendeta Yunani. Kehidupannya yang mulia

dan kematiannya yang berani, bersama dengan

ajarannya, menjadikannya antara tokoh yang paling

dihormati dalam sejarah.

UMUM 
SETANGGI

Setanggi ialah resin gam yang wangi yang

didapati daripada pokok tertentu yang tumbuh di

Afrika dan Asia. Ia juga dikenali sebagai olibanum .

Pada zaman dahulu, setanggi dibakar sebagai

dupa dalam upacara keagamaan. Kitab Bible

menyatakan bahawa seorang daripada pendeta

telah menghadiahkan setanggi kepada Jesus

(Matt. 2).

UMUM 
SALMAN AL-FARISIY

Salman al-Farisiy ( ? –36 H./ ? –656 M.) ialah

salah seorang sahabat nabi yang berasal daripada

golongan Ansar yang menetap di Madinah (dulu

Yathrib atau Tayyibah). Dia berketurunan Parsi

dari Isfahan. Sebelum Islam, dia berpindah ke

Syam, al-Mosul, Nasibyan dan ‘Umuriah untuk

mencari pegangan yang boleh menenangkan

jiwanya. Dia bergaul dengan para pendeta dan

banyak membaca buku karangan orang-orang

Parsi, Rom dan Yahudi. Kesemua buku tersebut

tidak berjaya menyelamatkannya daripada arus

kesesatan. Akhirnya dia menuju ke negeri Arab.

Semasa dalam perjalanan ke sana, dia berjumpa

dengan serombongan penyamun Bani Kalb.

Mereka menculiknya lalu menjualnya kepada

seorang Yahudi. Akhirnya dia dibawa ke Madinah

dan dipaksa bekerja di ladang.

UMUM 
NAGARAKARTAGAMA

NAGARAKARTAGAMA, karya klasik kerajaan Majapahit berbentuk puisi (kekawin) hasil tulisan prapanca, pendeta keraton kerajaan tersebut. Karya ini selesai diusahakan pada tahun 1365. Nagarakartagama merakamkan ketokohan serta keagungan pemerintahan Hayam Wuruk atau Rasanagara (m.m. 1350-1389).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
SEPUTEH

SEPUTEH, petempatan lama pada abad ke-5 M. yang terletak di daerah Lampung, selatan Sumatera, Indonesia.  Daripada catatan Fa-Hsien, pendeta Buddha, nama Seputeh ialah Yeh-Po-Ti.  G.E. Gerini berpendapat bahawa Yeh-Po-Ti terletak di pantai timur Sumatera, tetapi lokasinya tidak dijelaskan.  Penulis dan beberapa sarjana lainnya berpendapat bahawa Yeh-Po-Ti adalah transliterasi daripada nama Seputeh, daerah sekitar Sungai Seputeh, pantai timur Lampung.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MALAYU

MALAYU,  kerajaan tua yang pernah wujud di pesisir Sumatera Timur sekitar abad ke-7 M. Dalam catatan I-Tsing, pendeta Buddha China, ‘Malayu’ dikenal sebagai Mo-lo-yo. Sejarah Baru Dinasti Tang mencatatkan bahawa kerajaan Malayu pernah menghantar perwakilan ke istana Dinasti Tang pada sekitar tahun 645 M.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
TIKAMAN BAHASA

TIKAMAN BAHASA, buku yang disusun oleh Muhammad Adnan bin Muhammad Arifin. Tikaman Bahasa juga dikenal sebagai Kitab Tikaman Bahasa. Menurut penyusunnya, ia “mengandungi segala bidalan, perumpamaan Melayu dan perkataan-perkataan pendeta”. Buku ini siap disusun dan dikumpul pada bulan Januari 1933. cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1934 oleh al-Matbaah al-Hikmah, Kota Bharu, Kelantan. Cetakan kedua diterbitkan pada tahun 1953 oleh penerbit yang sama dengan beberapa tambahan baru sehingga jumlah bidalannya menjadi 2211 dan 200 perkataan terpilih. Dengan ini, himpunan bidalan yang ada dalam buku ini jauh lebih banyak dan lebih tunas daripada Kitab Kiliran Budi yang disusun oleg W.G. Shellabear dan Munsyi Sulaiman Mohd. Nor pada awal abad ke-20 yang jumlahnya tidak sampai 1500 bidalan. Tikaman Bahasa cetakan pertama 363 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. Pada tahun 1992, buku ini dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Siri Koleksi Warisan, menggunakan tulisan Rumi dan mengandungi 259 halaman tidak termasuk halaman pengenalan.

BAHASAPenerbitan
12

Kembali ke atas