Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.dra.fan] | ڤندرفن

Definisi : perihal (proses atau perbuatan) mendraf atau menyediakan draf: kerja ~ entri baru kamus pelajar sedang giat dijalankan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.dra.fan] | ڤندرفن

Definisi : perbuatan atau hal mendraf: ~ entri baru kamus tsb sedang giat dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendrafan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam, saya ingin komen tentang maklumat penduduk Sabah dalam Kamus Dewan Perdana yang salah. Sepatutnya penduduk Sabah hanya 3.9 juta orang, bukan 8 854 000 dalam Kamus Dewan Perdana.Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) telah memasukkan maklumat tambahan bagi entri negeri-negeri di Malaysia iaitu maklumat tentang keluasan, jumlah penduduk dan ibu negeri bagi entri negeri tersebut.

Rekod pendrafan dan penyemakan entri Sabah merakamkan jumlah penduduk bagi negeri itu ialah 3 206 742 (2010).

Rekod ini telah dikemas kini pada peringkat pracetak menjadi jumlah penduduknya 8 854 000 (2017).

Pihak penyusun akan membuat perakaman data yang terkini bagi penerbitan KDP pada edisi yang seterusnya.

Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.
Lain-lain24.07.2021

Kembali ke atas