Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.dua] | ڤندوا

Definisi : 1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll: keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; 2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin ~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.dua] | ڤندوا

Definisi : 1 sesuatu (alat, senjata dll) yg digunakan apabila perlu: Nah! Ambillah keris ini utk jadi ~ tuan hamba. 2 salinan atau sesuatu yg dibuat serupa dgn yg asal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendua


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mahu membuat kunci pendua untuk kunci ini. Membuat atau buat?Ayat yang betul ialah:  Saya mahu membuat kunci pendua untuk kunci ini. Tatabahasa09.12.2022
Assalamualaikum....apakah istilah pendua, peniga, pengempat, pelima, pengenam, penujuh dan seterusnya boleh digunakan bagi menunjukkan bilangan salinan dalam satu dokumen asal.

Istilah pendua (duplicate) dan peniga (triplicate) yang merujuk kepada bilangan salinan ada dalam pangkalan data istilah kami. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pelima bermaksud berlimau pada hari tamat belajar bersilat, dan penujuh bermaksud 1. kenduri kerana menujuh hari 2. sejenis tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum, merah. Perkataan pengempat dan pengenam tidak ada dalam pangkalan data kami.

Istilah11.02.2011

Kembali ke atas