Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.du.du/] | ڤندودوق

Definisi : orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll): tidak ada seorang pun drpd ~ kampung itu yg berani keluar melihat pembunuhan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.du.du/] | ڤندودوق

Definisi : orang yg menduduki sesuatu tempat (negeri dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penduduk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Oceanic ArtSeni OseaniaKesenianTiadaSeni penduduk-penduduk kepulauan Pasifik, Mikronesia, Melanesia dan Polinesia.
book boatbot bukuPerpustakaanTiadaBot yang digunakan untuk memberi perkhidmatan perpustakaan kepada penduduk-penduduk awam.
praetorpraetoriaSains PolitikPolitik PerbandinganJawatan yang wujud pada zaman Rom (300- 242 SM) sebagai anggota lembaga pemerintah yang kemudiannya berperanan seperti majistret mahkamah. Jawatan ini berkembang menjadi dua praetor iaitu praetor bandar yang mengadili konflik antara penduduk-penduduk bandar dan praetor peregrinus iaitu praetor yang menguruskan konflik antara penghijrah atau orang luar yang berada di bandar tersebut. Praetor bandar ini kadangkala memangku jawatan praetor peregrinus apabila praetor tersebut terpaksa mengetuai tentera ke medan perang. Walaupun menguruskan tugas pengadilan di mahkamah, praetor ini turut berperanan menguruskan permainan awam.
proportional representationperwakilan berkadarSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pilihan raya yang berasaskan nisbah penduduk dengan wakil rakyat untuk memastikan setiap kelompok memiliki wakil rakyat di dewan perundangan. Melalui sistem ini, pembahagian kawasan berasaskan jumlah penduduk iaitu penduduk yang ramai akan mendapat lebih ramai wakil manakala yang lebih kecil mendapat wakil yang kurang. Sistem ini mempunyai dua bentuk amalan yang utama iaitu sistem Hare dan List. Dalam sistem ini, pengundi diberikan senarai calon yang bertanding dan mereka diminta memilih beberapa bilangan calon yang ditetapkan, seperti tiga sahaja atau lima sahaja. Sementara itu, satu jumlah purata yang munasabah telah ditetapkan oleh suruhanjaya pilihan raya dan calon yang mengatasi bilangan ini dianggap menang. Walau bagaimanapun, calon yang mendapat jumlah undi yang besar mengatasi jumlah purata boleh memindahkan lebihan undi kepada calon lain dari parti yang sama. Sistem ini berbeza dengan sistem majoriti mudah apabila lebihan undi majoriti tidak boleh dipindahkan. Sinonim sistem berkadar.
indigenous populationpenduduk bumiputeraPerubatanTiada1. Penduduk yang berasal atau merupakan penduduk asli sesuatu kawasan.
population patternpola pendudukGeografiTiadaTaburan penduduk di dalam sebuah kawasan seperti kepadatan penduduk.
population censusbanci pendudukSosiologiTiadaProses pengiraan lengkap ke atas keseluruhan penduduk sesebuah negara pada masa tertentu mengenai ciri-ciri penduduk seperti jantina, umur, taraf pendidikan, dan muklumat isi rumah.
distribution of populationtaburan pendudukGeografiTiadaTaburan ruangan dan masa penduduk di sesebuah kawasan yang akan menggambarkan sama ada kawasan itu mempunyai penduduk yang padat atau jarang.
citizen band communicationkomunikasi radio antara pendudukKomunikasiTiadaKomunikasi yang berlangsung melalui radio antara penduduk di sesuatu tempat dengan penduduk yang berada di tempat lain.
population censusbanci pendudukPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses pengiraan lengkap ke atas keseluruhan penduduk sesebuah negara pada masa tertentu mengenai ciri-ciri penduduk seperti jantina, umur, taraf pendidikan, dan maklumat isi rumah.
12345678910...

Kembali ke atas