Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.du.kung] | ڤندوکوڠ

Definisi : 1. orang yg mendukung se­seorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), peng­gendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), peng­gen­dong, pembawa: Bujang Selamat pun meng­hadap Uli Emak si Anjing me­mohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg men­dukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk me­wujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg men­dukung (mem­per­juangkan) sesuatu fa­ham­an: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, penge­muka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.du.kung] | ڤندوکوڠ

Definisi : 1 orang yg mendukung seseorang atau sesuatu; penggendong. 2 orang atau sesuatu pertubuhan, persatuan dll yg mendukung cita-cita dsb: Parti itu merupakan ~ utama cita-cita kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendukung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adherentpendukungSejarahTiada3. Pendukung: Orang yang menjadi pengikut atau penganut sesuatu kepercayaan, pertubuhan, idea atau agama.
socialistsosialisSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau kelompok yang mendukung fahaman sosialis. Pendukung sosialis cenderung kepada konsep pemilikan awam seperti pendidikan, pengangkutan, hospital atau kesihatan dan pembekalan tenaga yang dimiliki oleh kerajaan. Mereka juga tidak membenarkan institusi-institusi penting ini dikuasai oleh pihak peniaga persendirian yang lebih mementingkan keuntungan. Pendukung ini menentang keras sistem kapitalis yang menindas kelas bawahan. Terdapat beberapa variasi sosialisme seperti leninisme, stalinisme dan marhaenisme. Contoh tokoh sosialis tanah air sebelum merdeka ialah Ahmad Boestamam.
populationistpendukung pertambahan pendudukKependudukanTiadaTiada
expansionistpendukung pertambahan penduduk/ekspansionisKependudukanTiadaTiada
legalistpendukung ultrakeundanganSejarahTiadaTiada
variant-carrierpendukung varianKesusasteraanTiada1. Petanda-petanda penting yang dapat menunjukkan kelainan-kelainan bacaan di dalam sebuah teks.
exponenteksponen; perintis; pendukungSejarahTiada1. Orang yang memberi keterangan atau penjelasan.,2. Seseorang atau sesuatu yang menjadi lambang atau contoh.
Unionist (U.S.A)pendukung Kesatuan(Amerika Syarikat)SejarahTiadaTiada
reductionistreduksionisSains PolitikPolitik PerbandinganPendukung kepada fahaman reduksionisme. Lihat juga reduksionisme.
constructivistkonstruktivisTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang pengamal dan pendukung pendekatan pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme, iaitu pelajar perlu membina kefahaman sendiri mengenai dunia persekitaran mereka. Konstruktivis sentiasa menggalakkan pelajar membuat refleksi dan membawa pengalaman lalu kepada situasi baharu dan pengetahuan baharu dibina daripada pengetahuan sedia ada.
123

Kembali ke atas