Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.duh] | ڤندوه

Definisi : sesuatu yg boleh menyebabkan terlindung drpd panas matahari, hujan dsb: sekitar masjid dihiasi dgn pokok ~ dan bunga-bungaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.duh] | ڤندوه

Definisi : alat atau sesuatu yg me­neduhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peneduh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
overhead sunshadepeneduh atasLandskapTiadaStruktur yang berfungsi sebagai pelindung daripada cahaya matahari.
arbourpunjungLandskapTiadaStruktur peneduh yang diperbuat daripada kayu, logam atau konkrit untuk tumbuhan memanjat.
canopykanopiPentadbiran PerniagaanTiada2. Kanvas yang dibentuk terjulur keluar sebagai peneduh sesuatu kawasan atau luar bangunan seperti tingkap.
louvreramTeknikElektrikJerejak berupa jaring yang dipasang di hadapan pembesar suara atau peneduh lampu. ram digunakan untuk mengurangkan kesan stroboskop di samping dapat menyembunyikan pembesar suara atau lampu tersebut dengan suara atau cahaya masih boleh keluar menerusi celah-celah ram.
loggiaselasarLandskapTiadaRuang terbuka yang menghubungkan rumah dengan ruang luar dan biasanya mempunyai struktur peneduh seperti punjung, pergola dan sebagainya. Ruang ini digunakan sebagai ruang berehat.
curtainlangsirKesenianHiasan DalamanBahan yang digantung pada tingkap, pintu atau ruang terbuka yang berfungsi sebagai hiasan, peneduh dan penapis. Langsir diperbuat daripada fabrik atau bahan sintetik yang direka dalam pelbagai bentuk, bahan, saiz, warna, corak dan jenis. Antara jenis-jenis langsir ialah langsir Cottage, Priscilla, panjang, Sash, dan Tab. Di Amerika, langsir dikenali sebagai draper, manakala di Britain dikenali sebagai drapery. Langsir di pintu dikenali sebagai portieres.

Kembali ke atas