Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nén.der] | ڤنيندر

Definisi : orang (pihak dsb) yg membuat atau memberi tender; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penender


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penender, petenderpenender-orang yang menawarkan tender petender-orang yang mendapat tenderMakna23.12.2008
Apakakah ada perbezaan makna diantara 'penender' dan 'petender'?Penender ialah orang/pihak yang membuat atau memberikan tender. Petender ialah orang/syarikat yang mendapat tender.Makna26.06.2007
Manakah satu perkataan yang sesuai digunakan untuk mengambar individu tersebut adalah orang yang diterima untuk melaksanakan kerja tender??Penender atau PetenderPenender ialah orang atau pihak yang membuat atau memberi tender.Makna18.02.2008
saya ingin merujuk kepada penggunaan perkataan penender. Adakah perkataan ini bermaksud syarikat(orang) yang menyertai sesuatu tender atau bermaksud sykt(org) yang mengeluarkan/menawarkan tenderPenender ialah penender orang (pihak dan sebagainya) yang membuat atau memberi tender; manakala petender ialah orang (syarikat dan sebagainya) yang mendapat tender.Tatabahasa04.05.2010
tuan, saya ingin bertanya apakah perbezaan maksud penender dan petender. Sekian, terima kasih.Penender ialah orang (atau pihak) yang membuat atau memberi tender, manakala petender ialah orang (atau syarikat) yang mendapat tender.Makna27.03.2012
Tuan, Soalan berikutnya yang mana satu ejaan yang betul, penender atau petender. Dikemukakan untuk pengesahan pihak tuan.

Sdr, mhaikal, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Penender ialah orang (pihak dsb) yg membuat atau memberi tender; manakala petender orang (syarikat dsb) yg mendapat tender- rujuk kamus Dewan.

Terima kasih.

Makna15.04.2009
Makna perkataan penender, petender dan pentender. Dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 menggunakan perkataan Petender - merujuk kpd pembekal @ syarikat. Adakah perkataan Petender ini betul penggunaannyaPetender ialah orang (syarikat dsb) yang mendapat tender, penender ialah orang (pihak dsb) yang membuat atau memberi tender, manakala kata pentender tidak ada dalam bahasa Melayu. Merujuk makna dalam kamus, kata petender yang digunakan dalam Surat Pekeliling tersebut adalah betul.Tatabahasa02.09.2010
Saya ingin kepastian. Perkataan 'penender' adalah untuk individu/syarikat/pihak yang membuat atau memberi tender. Manakala 'petender' ialah pihak yang mendapat tender. Seperti yang diterangkan dalam kamus bahasa Melayu. Sebagai contoh, pihak A membuka sesuatu perkhidmatan untuk penenderan kepada banyak pihak lain untuk memberi tender (tawaran beserta harga)/menender. Adakah betul fahaman saya, pihak A ialah petender manakala pihak-pihak lain ialah penender? Hal ini kerana pihak-pihak lain menawarkan perkhidmatan dengan harga yang berbagai-bagai. Hanya pihak A yang akan menerima satu tender yang baginya adalah tawaran yang terbaik. Terima kasih.Penender ialah orang atau syarikat yang memberi atau mengeluarkan tender, petender ialah orang atau syarikat yang mendapat tender. Contohnya dalam sesatu keadaan pihak A mengeluarkan tender menguruskan kantin sekolah, setelah melalui proses tertentu pihak B mendapat hak menguruskan kantin tersebut. Dalam hal ini, A ialah penender dan B ialah petender.Makna21.03.2014
Perkataan asas tender. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Pentender / Penender Perkataan asas Sebutharga. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga ayat mana betul :- 1) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini. 2) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini. 3) a) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap - tiap bulan. * a atau b yang betul? Terima kasih1) Tandatangan Pentender / Penender
Kedua-dua boleh digunakan. Penender ialah orang/pihak yang membuat atau memberikan tender. Petender ialah orang/syarikat yang mendapat tender.

2) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga  
Tandatangan Penyebut harga

3) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini.
Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam sebut harga ini.

4 ) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini.
 Perkataan bawah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.

5) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap-tiap bulan.
Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa.
Tatabahasa27.03.2013

Kembali ke atas