Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ra.ju] | ڤنراجو

Definisi : orang atau pihak yg menerajui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peneraju


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anchor manpeneraju beritaKomunikasiTiadaPersonaliti televisyen utama yang mempersembahkan berita yang turut dibantu oleh beberapa orang personaliti yang lain. Bahan berita yang disampaikan itu diperoleh dari berbagai-bagai sumber.
core competencykebolehcekapan terasPengurusanPerancanganKekuatan utama dan unik yang boleh menjadi kelebihan dalam persaingan dan dapat menawarkan nilai barangan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Tujuan mengenal pasti dan meningkatkan kebolehcekapan teras adalah untuk melindungi kepentingan organisasi daripada diatasi pesaing. Contohnya, sebuah syarikat pengeluar telefon pintar akan melindungi dan meningkatkan kebolehcekapan terasnya dalam sistem operasi dalaman (iOS) melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). Hal ini dilakukan supaya sistem operasi dalaman bagi telefon yang dikeluarkannya menjadi peneraju utama dan yang mendahului di pasaran.
civil service reformpembaharuan perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha memperkenalkan pelbagai bentuk perubahan dalam perkhidmatan awam yang dilakukan melalui penerapan nilai kerja yang baru dan teknologi moden. Reformasi perkhidmatan awam ini juga melibatkan pengenalan kepada sifat kerja yang lebih produktif, teknologi pentadbiran yang sofistikated, keutamaan kepada kualiti, pengurusan yang saintifik, perancangan strategik dan budaya kerja yang berteraskan teknologi maklumat. Perubahan peranan perkhidmatan awam juga bertujuan untuk memperbaiki sistem pentadbiran, meningkatkan kecekapan serta kepimpinan perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan pembangunan negara yang selari dengan tuntutan semasa. Melalui pembaharuan ini, peranan perkhidmatan awam sudah berkembang bukan sekadar untuk menjaga keamanan dan ketenteraman melalui penguatkuasaan peraturan dan undang-undang, tetapi juga menjadi agen pembangunan, perancang dan pelaksana pembangunan serta peneraju atau pelopor dalam usaha mencapai matlamat dan wawasan negara. Oleh itu, peranan perkhidmatan awam perlu sentiasa dikemaskini supaya selari dengan kehendak pembangunan negara. Contohnya, pengenalan kepada Program Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan Kualiti dalam Perkhidmatan Awam semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohammad.


Kembali ke atas