Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuanAyat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan.

"Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan."

Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan;

Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pa­wang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau man­teranya);

Tatabahasa14.06.2013
1. lump sum 2. acceptance 3. st. purchase 4. possession1. sekali gus 2. penerimaan 3. jual beli 4. pemilikkanLain-lain13.02.2009
Tuan, saya mohon penjelasan tentang penggunaan tanda garis miring (/) yang betul dan alasan penerimaan penggunaan yang betul. 1. Harganya RM3.00/ela. 2. Harganya RM3.00/ ela. 3. Harganya RM3.00 /ela. 4. Harganya RM3.00 / ela.

Tanda garis miring (/) digunakan seperti yang berikut:

(a) Nombor rujukan surat rasmi, contoh: DBP/4-9/23/4/32 K.8 (68)

(b) Sebagai pengganti kata dan, atau, dan per ataupun dipakai semasa menulis nombor alamat.

Contoh:  - Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan

              -  Harganya RM3.00/ela

 

Tatabahasa16.10.2009
Salam dan selamat Sejahtera.Saya ingin membuat semakan mengenai penggunaan bahasa berhubung Piagam Pelanggan JPWPKL iaitu:- (i) membuat pindaan kepada sejumlah lapan (8) perkataan 'dari tarikh' kepada 'daripada tarikh' yang terdapat dalam Pernyataan Piagam Pelanggan No. 2 (1 perkataan); No. 5 ( 2 perkataan); No. 7 (1 perkataan); No. 8 (1 perkataan); No. 9 (1 perkataan); No. 10 (1 perkataan) dan No. 11 (1 perkataan)Frasa yang betul ialah dari tarikh penerimaan bukannya daripada tarikh penerimaan. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama auat frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lebih lanjut.Tatabahasa03.09.2013
1. Mengapa bahasa Melayu tidak dapat digunakan 100% dalam sistem penyampaian, penerimaan dan pengguna di IPTA Malaysia. 2. Mengapa hanya lulus (Kepujian) Bahasa Malaysia diperingkat SPM untuk kemasukan IPTA sahaja sedangkan IPTS tidak diperlukan.

Encik Zulkarnain

Soalan saudara ini lebih melibatkan dasar kerajaan. Terdapat sebab tertentu dan telah menjadi peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah ITPA ATAU IPTS tersebut.

Lain-lain23.07.2010
Tuan / Puan, Mohon semak terjemahan Bahasa Inggeris untuk istilah-istilah di bawah: 1. Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) - local National Registration Department (NRD) branches 2. Bahagian Pejabat Rekod dan Penerimaan - Records and Admissions Office Division 3. Unit Kebajikan Penjara Institusi - Prison Institution Welfare Unit 4. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan berdekatan - Department of Social Welfare at district level 5. Unit Kebajikan Penjara Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia - Prison Welfare Unit at headquarters 6. Hari Jabatan Penjara Malaysia- Malaysia Prisons Department Day 7. Banduan Akhir (BA)- prisoners on death row 8. Sayembara Genta Puisi - Poetry Contest ("Sayembara Genta Puisi") Terima KasihUntuk makluman tuan/puan, kami tidak menyemak terjemahan Bahasa Inggeris. Namun begitu, kami mencadangkan terjemahan yang berikut:

1. Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) - National Registration Department (State Branch)
2. Bahagian Pejabat Rekod dan Penerimaan - Records and Admissions Division
3. Unit Kebajikan Institusi Penjara  - Prison Welfare Unit
4. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan berdekatan - nearby District Social Welfare Office
5. Unit Kebajikan Penjara Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia - Prison Welfare Unit for Malaysia Prisons Department Headquarters
6. Hari Jabatan Penjara Malaysia- Malaysia Prisons Department Day
7. Banduan Akhir (BA)- inmates on death row
8. Sayembara Genta Puisi - Poetry Contest ("Sayembara Genta Puisi")
 
Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan06.06.2017
apakah Maksud perkataan - APRESIASI KEMENJADIAN MURID Terima Kasih.Kebanyakan frasa "apresiasi kemenjadian murid" digunakan dalam majlis atau acara pada peringkat sekolah.

Kamus Dewan Perdana
(DBP, 2020) memberikan takrifan yang berikut:

a. apresiasi -1 pemahaman, penerimaan dan penghayatan nilai sesuatu karya seni, 
                      sastera atau budaya.
                   2 penghargaan atau penyanjungan terhadap usaha, sumbangan, bakti
                      dan sebagainya seseorang atau sesuatu pihak.

b. kemenjadian - hal berhasil atau berjaya.

c. murid - 1 orang yang belajar secara formal di sekolah.
               2 orang yang mempelajari sesuatu bidang ilmu atau kemahiran seperti
                  agama, persilatan atau perubatan tradisional secara tidak formal
                  dengan seseorang.

Secara umumnya, dapatlah difahami bahawa "apresiasi kemenjadian murid" bermaksud penghargaan atau penyanjungan terhadap usaha, sumbangan, bakti dan sebagainya seseorang (guru, ibu bapa) atau sesuatu pihak (seperti sekolah, kementerian) dalam menghasilkan orang yang belajar secara formal di sekolah (murid) berjaya.



Makna01.02.2023
Salam, Apakah maksud kredit?dari segi bahasa penggunaan.Kredit bermaksud 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); dan 3. butir perakaunan (seperti bayaran dan lain-lain) yang dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira.Lain-lain19.11.2009
1)apakah maksud amalan dari segi istilah dan bahasa ? 2)apakah maksud agama dari segi istilah dan bahasa?

    Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata amalan ialah sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan.

  Manakala maksud agama ialah kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa);

Istilah25.03.2009
Saya telah menghantar dua buah manuskrip kepada DBP dalam Jun 2008, untuk jabatan Purnama. Saya ingin tahu perkembangan terkini manuskrip itu. Judulnya ialah: a) Memori Silam 1 b) Memori Silam 3 Terima kasihManuskrip saudara telahpun diterima dan telah didaftarkan dalam senarai penerimaan manuskrip dbp.  Kedua-dua manuskrip tersebut sedang menunggu giliran untuk dihantar kepada penilai.  Setelah dinilai oleh penilai luar, jika manuskrip tersebut disarankan untuk diperbaiki, akan kami hantar kepada penulis semula untuk dibaiki, dan jika dicadangkan untuk diterbitkan, kami bawa ke Jawatankuasa Editorial DBP untuk kelulusan penerbitan.  Pihak kami memohon maaf atas kelewatan ini kerana di PURNAMA hanya terdapat 3 orang editor yang mengendalikan semua projek penerbitan di samping kerja-kerja lain. Lain-lain04.05.2009
123

Kembali ke atas