Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sambutan1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~ yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana? 2. perhatian (pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan: cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg dibeli dgn bayarannya ditangguh-kan, barang yg diamanahkan utk dijual; ~ baik penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; ~ permaidani merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah;Kamus Dewan Edisi Keempat
akaun1. rakaman berupa catatan atau kete­rangan ringkas mengenai urusan yg melibat­kan pembayaran (penerimaan dsb) wang, rakaman perbelanjaan (penerimaan dsb) wang pd ruang debit dan kredit buku kira-kira; 2. penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala urusan (syarikat perniagaan dll) yg melibatkan pembayaran atau penerimaan wang; 3. simpanan wang di bank dan rakaman yg berkaitan dengannya; ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank; ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan; ~ bersama akaun bank utk sekurang-kurangnya dua penama dgn masing-masing berhak menge­luarkan simpanan drpd akaun itu; ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar dan kemung­kinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira; ~ luput akaun yg tempoh matangnya telah tamat atau berlalu; ~ pendapatan dan perbelanjaan akaun yg meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan utk satu tempoh perakaunan; ~ penerima sahaja arahan pd cek supaya cek itu hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan; ~ semasa akaun (simpanan) yg tidak diberi faedah dan dapat dikeluarkan dgn cek; ~ sim­panan akaun yg dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yg wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pd bila-bila masa sahaja; ~ T akaun yg mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dgn debit pd ruang kiri dan kredit pada ruang kanan; ~ untung rugi akaun yg menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian utk pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan; perakaunan yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
penerimaan1. perihal (perbuatan dsb) mene­rima, penyambutan: bayaran dan ~ barang-barang yg dibeli; 2. sambutan, nilaian, penghargaan: bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara? 3. keizinan (masuk dll), kebenaran: beliau meminta supaya dihentikan ~ murid-murid darjah satu; 4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tang­gapan: janganlah tuan takut dan ngeri kpd kakang dan janganlah tuan salah ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
terimabp mendapat, memperoleh, menyam­but (sesuatu): kemudian ia hendak bayar kpd saya separuh, tiadalah saya mahu ~; (meng­u­cap­kan) ~ kasih (mengucapkan) syukur (kerana menerima sesuatu); ~ nasib berserah kpd takdir sahaja; ~ salah mengaku akan kesalahan diri; ~ syukur bersyukur kpd Tuhan; berterima ark (telah) diterima, (telah) dikabulkan; ~ kasih mengucapkan syukur; menerima 1. mengambil (mendapat, mena­dah, dll) sesuatu yg diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu per-mintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesah­kan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu (dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ..., meman­dang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll), mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus di syarikat itu; ~ panjang tangan, menghulur sekali belum prb perangai orang yg tamak hanya mahu menerima pemberian orang sahaja tetapi tidak mahu memberi; menerimakan menyerahkan supaya diterima, memberikan; penerimaan 1. perihal (perbuatan dsb) mene­rima, penyambutan: bayaran dan ~ barang-barang yg dibeli; 2. sambutan, nilaian, peng-hargaan: bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara? 3. keizinan (masuk dll), kebenaran: beliau meminta supaya dihenti-kan ~ murid-murid darjah satu; 4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tang­gapan: janganlah tuan takut dan ngeri kpd kakang dan janganlah tuan salah ~; penerima 1. orang atau alat yg menerima sesuatu; pesawat ~ pesawat radio utk menang­kap siaran radio; 2. mudah menangkap (ajaran dll), terang hati; 3. sentiasa berserah (kpd takdir dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
komunikasi data(data communication)1. Sistem dan kaedah penghantaran dan penerimaan maklumat terkod antara sistem komputer dengan persisiannya dengan menggunakan kaedah elektronik atau optik. 2. Bidang ilmu yang berkaitan dengan penghantaran dan penerimaan maklumat terkod di antara perantiKamus Komputer
ijabAr 1. penawaran (pd jual beli); 2. penerimaan (doa, permohonan); ~ kabul = ~ nikah pernikahan; mengijabkan menawarkan, menerima (doa dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
endorsan1. (Eko) catatan di belakang cek sbg tanda penerimaan: ~ cek; 2. (Udg) catatan di belakang atau di bawah sesuatu dokumen; 3. (Udg) catatan di belakang writ, dokumen mahkamah dsb bagi menandakan dokumen telah disampaikan kpd orang berkenaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
promosi1. kenaikan pangkat, naik pangkat dll; 2. Id (upacara) penerimaan gelaran doktor; 3. segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dsb); mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelanggan(customer)1. Individu atau organisasi yang menentukan keperluan dan penerimaan perkhidmatan, sistem perisian, atau sistem perkakasan komputer yang baru atau yang diubahsuai bersama dengan dokumentasinya. 2. Individu atau organisasi yang membiayai kos projek atau sistem yang ingin dilaksanakan.Kamus Komputer
sistem komunikasi(communication system)1. Kaedah, perkakasan, dan perisian bagi penghantaran dan penerimaan maklumat. 2. Sistem yang terdiri daripada penghantar, talian penghantaran, dan penerima data.Kamus Komputer
1234

Kembali ke atas