Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ro.ka] | ڤنروک

Definisi : orang yg meneroka: ~-~ zaman dahulu membuka tanah dgn menggunakan kuda dan kapak sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.ro.ka] | ڤنروک

Definisi : orang yg meneroka (membuka kawasan baru atau menyelidik sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teroka
Kata Terbitan : meneroka, menerokai, peneroka,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera kepada Puan-puan dan tuan-tuan,saya mengelirukan ayat ini.Adakah ayat ini ialah kesalahan ayat ataupun kesalahan tatabahasa yang diberikan?Saya berbesar hati mengumumkan bahawa secara dasarnya,kerajaan telah bersetuju dengan cadangan pihak Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 billion melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal yang telah berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah ini dijayakan.Saya berbesar hati mengumumkan bahawa secara dasarnya, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan pihak Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 billion melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal yang telah berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah ini dijayakan. Ayat ini betul.Tatabahasa16.07.2021
apakah terjemahan yang tepat bagi ayat - (i) to encourage thrift and savings; (ii) to provide means for saving by the settlers.Cadangan terjemahan bagi ayat yang diberikan ialah:
1. to encourage thrift and savings - untuk menggalakkan berjimat cermat dan menabung
2. to provide means for saving by the settlers. - untuk menyediakan kaedah simpanan oleh peneroka
Makna12.08.2021
apakah terjemahan dalam teks bahasa Melayu yang tepat bagi ayat yang berikut: (i) to encourage thrift and savings; (ii) to provide means for saving by the settlers;Cadangan terjemahan bagi ayat yang diberikan ialah:
1. to encourage thrift and savings - untuk menggalakkan berjimat-cermat dan menabung
2. to provide means for saving by the settlers. - untuk menyediakan kaedah simpanan oleh peneroka
Penyemakan dan penterjemahan12.08.2021

Kembali ke atas