Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ro.ka] | ڤنروک

Definisi : orang yg meneroka: ~-~ zaman dahulu membuka tanah dgn menggunakan kuda dan kapak sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.ro.ka] | ڤنروک

Definisi : orang yg meneroka (membuka kawasan baru atau menyelidik sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teroka
Kata Terbitan : meneroka, menerokai, peneroka,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
colonizerpenerokaSejarahTiadaOrang yang menjajah.
colonistanak tanah jajahan; penerokaSejarahTiada1. Anggota atau ahli yang mendiami sesebuah jajahan.,2. Orang yang menjajah atau mendiami sesebuah negara baru atau kawasan baru.
sun bonnettopi bonetKesenianTiadaBonet daripada fabrik berbirai lebar, diikat di bawah dagu, dipakai oleh bayi dan kanak-kanak untuk melindungi sinaran matahari. Asalnya dipakai oleh peneroka di barat Amerika Syarikat.
ihya’ mawatmengusaha tanah tanpa pemilikPerniagaan IslamTiadaMembaik pulih atau membangunkan tanah tanpa pemilik, tidak diusahakan, tidak mempunyai sumber air atau tidak dimanfaatkan, dengan cara mengusahakan tanah itu untuk pertanian, perladangan, perumahan dan perindustrian. Mengikut mazhab Hanafi dan Maliki, peneroka tanah tersebut berhak memilikinya dengan kebenaran kerajaan. Lihat juga tahjir.
reality effectkesan realitiKesusasteraanTiadaButiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi.� Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan.

Kembali ke atas