Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.rus] | ڤنروس

Definisi : 1. orang (golongan) yg meneruskan (melanjutkan) sesuatu aktiviti, penyumbang: melahirkan titisan zuriat Islam yg murni sbg ~ generasi Islamiah pd masa hadapan; 2. (Kej) peranti elektronik yg digunakan utk menukar arus ulang-alik kpd arus terus tanpa menggunakan dinamo atau mesin elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.rus] | ڤنروس

Definisi : orang yg meneruskan: ~ warisan bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penerus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
aya rakayat Malaysia yang kini menetap di luar negara. saya amat prihatin dan berminat terhadap perkembangan bahasa Melayu dan kemajuan tamandun Melayu di Malaysia dan alam Melayu. Saya juga kerap melayari laman sesawang untuk mendapat maklumat yang berkenaan. Baru-baru ini saya tertonton video Youtube ini https://www.youtube.com/watch?v=yjd9MRPHBQY yang mengenai temubual dengan Y. Bhg. Datuk Ketua Pengarah DBP tentang Konvesyen Ketamadunan Dunia 1.0: "Menjejaki Kegemilangan Tamadun Melayu". Saya amat teruja dengan persetujuan dengan cadangan pengacara supaya DBP dijadikan satu platform penerus warisan dengan menyebarkan pembentangan, percambahan dan perkongsian dalam kovensyen tersebut dapat disebarkan kepada semua khalayak. Sayang sekali, video-video/ maklumat-maklumat berkenaan masih tidak disebarkan dalam lama sesawang seperti Youtube atau portal DBP sendiri. Adakah DBP akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat ini?Kami ambil maklum cadangan tuan dan kami kemukakan kepada bahagian yang berwenang untuk penambahbaikan promosi kegiatan kebahasaan di seluruh negara. Syabas atas keprihatinan tuan dalam hal ini.Lain-lain14.02.2017

Kembali ke atas