Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ʕab.dian]/[pe.ngab.dian] | ڤڠعبدين

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meng­abdi atau mengabdikan: tetapi Allah tidak membebani manusia dgn kemestian-ke­mesti­an yg banyak utk melakukan ~; ~ seseorang kpd negara sbg tanda cintanya terhadap negara; pd zaman dahulukala, ~ rakyat oleh raja sering berlaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ʕab.dian]/[pe.ngab.dian] | ڤڠعبدين

Definisi : perbuatan, hal dsb mengabdi atau mengabdikan: ~ terhadap agama, bangsa dan negara; Masalah ~ dan kerja paksa telah diselesaikan melalui undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengabdian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan "pengabdian" hanya digunakan dalam konteks positif, contohnya pengabdian kepada negara, pengabdian kepada Tuhan? Bolehkah saya gunakan perkataan ini dalam konteks seperti pengabdian rakyat di bawah raja yang zalim, pengabdian kepada kuasa autokrasi?Pengabdian boleh digunakan untuk konteks positif dan negatif. Seseorang boleh juga mengabdikan dirinya kepada raja yang zalim.Istilah05.09.2016
maksud dedikasi Maksud dedikasi ialah 1. pengabdian diri, masa, dll sepenuhnya kpd sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dll); 2. inskripsi atau pengumuman yg ditambah pd awal buku, gubahan muzik, dll yg ditujukan kpd seseorang atau sesuatu. T kasih. Makna31.07.2008
Difinisi: 1. Kualiti 2. Pendidik 3. Pendidikan 4. Dedikasi 5. Sahsiah.Kualiti ialah darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu. Pendidik bermakna orang yg mendidik, guru. Pendidikan ialah perihal mendidik. Dedikasi bermakna pengabdian diri, masa. Sahsiah keperibadian, peribadi. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna20.09.2008
Istilah Ubudiyyah, masuliyyah dan itqan sering digunakan oleh penceramah. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah tersebut. Adakah istilah yang tepat yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu.Tidak ada maklumat tentang perkataan ubudiyyah, masuliyyah dan itqan dalam pangkalan data kami. Melalui carian di internet. Ubudiyyah dikaitkan dengan konsep pengabdian/penghambaan (manusia kepada Allah); masuliyyah ialah konsep kebertanggungjawaban atas apa yang dilakukan di muka bumi dan natijahnya di akhirat nanti; dan itqan bermaksud melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh (ketekunan). Sukar untuk menghuraikan ketiga-tiga perkataan dalam satu perkataan dan untuk maklumat yang lebih persis, sila rujuk kepada pihak yang lebih arif dalam hal ini. Buku sekadar memberikan pengetahuan kepada kita tetapi ilmu lebih luas daripada sekadar tahu.Makna16.07.2013
Bolehkah saya namakan Anugerah Komited dan Anugerah Dedikasi sebagai dua anugerah yang berbeza? Saya melihat perkataan Komited dan Dedikasi kedua-duanya membawa maksud "bersungguh-sungguh terhadap sesuatu". bagaimana saya nak menerangkan perbezaannya kepada orang lain?
Salam sejahtera,

Komited dan Dedikasi membawa maksud yang sama iaitu sesuatu perkara yang dilakukan melalui pengabdian diri atau masa semaksimumnya kepada sesuatu tujuan tertentu. Cadangan kami, gunakan Anugerah Dedikasi.

Sekian, terima kasih.
Makna17.12.2019

Kembali ke atas