Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ca.ra] | ڤڠاچارا

Definisi : 1. Id peguam bela; 2. orang yg me­­ngendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juru­acara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ca.ra] | ڤڠاچارا

Definisi : orang yg mengacarai sesuatu acara, majlis dsb; juruacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengacara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah pihak DBP memberikan saya definisi sebenar dan lengkap tentang 'pengacara majlis'?? selain itu, bolehkah saya tahu apakah jenis-jenis majlis dan ciri-ciri pengacara majlis yang sebenar yang ada di Malaysia????

Pengacara majlis ialah orang yang mengacarai sesuatu majlis. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, rujuk buku yang berkaitan seperti Kursus Pengacara Majlis Berkesan terbitan DBP Wilayah Timur dan Penggunaan Bahasa dalam Skrip Pengacara, terbitan ITM.

Tatabahasa27.07.2011
SALAM 1 MALAYSIA apakah perkataan (Pengacara atau Juruacara) yang paling sesuai untuk menulis tugas dalam suatu ahli jawatankuasa dalam satu majlis? Pengacara majlis atau Juruacara majlis? terima kasihMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud pengacara ialah orang yang mengacarai sesuatu acara, majlis dan sebagainya. Pengacara juga dikenali sebagai juruacara.Makna05.05.2016
sebagai pengacara majlis, kata alu-aluan untuk siapakah yang perlu didahulukan? tetamu jemputan atau ketua di organisasi tersebut?Dalam situasi biasa, alu-aluan akan mendahulukan tetamu jemputan yang diundang khas sebagai tetamu kenamaan.Tatabahasa04.08.2016
Dalam teks pengacara majlis, untuk protokol menjemput tetamu, pengacara perlu menjemput pengiring dulu atau pun tetamu yang nak diiring?Berkenaan protol jemputan, mohon tuan hubungi pegawai di Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Azimin Daud di talian 03-21479485. Terima kasih.Lain-lain07.11.2014
sebagai pengacara majlis, kata alu-aluan harus diutamakan kepada jemputan atau ketua di organisasi tersebut? contohnya, tetamu tersebut hanya berpangkat biasa tetapi ketua tersebut berpangkat professor di sesebuah iptSebagai pengacara sapaan atau kata alu-aluan haruslah menyebut  jawatan tertinggi dahulu, tidak kira beliau dari pihak organisasi itu sendiri atau pun dari pihak tetamu yang dijemput. Secara protokolnya sapaan atau alu-aluan menyebut jawatan tertinggi dan seterusnya ke bawah.Lain-lain05.08.2016
asalamualaikum..masalah penggunaan beliau. adakah pengacara majlis orang yang dihormati dan perlu menggunakan k.ganti diri ketiga beliau?Kata Ganti diri ketiga "beliau" sesuai digunakan untuk pengacara majlis.Tatabahasa02.03.2011
saudara pengacara majlis ditukar kepada bahasa inggeris

Sdr., terjemahan untuk pengacara majlis ialah master of ceremonies. Jika sdr. ada persoalan yang lain, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain05.11.2010
Apakah perbezaan antara pengerusi majlis dan pengacara majlis dan bilakah penggunaannya?

Puan Siti , terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): ~ Lembaga Pengarah

 Manakala pengacara majlis pula ialah , Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara.

Makna05.03.2009
Apakah ayat songsang untuk ayat-ayat berikut. (a) Pengacara meminta para tetamu untuk duduk kerana acara akan bermula tidak lama lagi. (b) Pihak berkenaan perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras kes cetak rompak daripada berlarutan.Dalam bahasa Melayu, terdapat dua proses pendepanan prediket, iaitu: pendepanan seluruh predikat dan pendepanan sebahagian daripada predikat. Melalui pendepanan sebahagian daripada predikat juga boleh dengan cara pendepanan kata kerja sahaja, pendepanan kata kerja dengan objek dan pendepanan kata kerja dengan kata bantu. Contohnya: a) Meminta para tetamu untuk duduk pengacara kerana acara akan bermula tidak lama lagi. b) Perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras kes cetak rompak sebelum berlarutan pihak berkenaan. Tatabahasa08.11.2015
Pada suatu majlis pengacara menyebut perkataan 'terkasima', saya tercari-cari maknanya , harap tuan dapat membantu adakah istilah ini dalam bahasa Melayu?

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain24.10.2010
1234

Kembali ke atas