Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ca.ra] | ڤڠاچارا

Definisi : 1. Id peguam bela; 2. orang yg me­­ngendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juru­acara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ca.ra] | ڤڠاچارا

Definisi : orang yg mengacarai sesuatu acara, majlis dsb; juruacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengacara


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
comperepengacaraKomunikasiTiadaOrang yang mengendalikan persembahan dalam rancangan radio atau televisyen yang mempunyai penonton secara langsung.
disc jockeypengacara laguKomunikasiTiadaTiada
disc jockey (DJ)pengacara laguKomunikasiTiadaPetugas yang mengendalikan aktiviti penyiaran muzik di televisyen, radio atau di tempat umum.
stay tuneterus bersamaKomunikasiTiada1. Hebahan yang dilakukan oleh pengacara atau juruhebah supaya pendengar atau penonton terus mengikuti siaran yang disiarkan. 2. Arahan penerbit kepada kakitangan siaran supaya meneruskan kerja-kerja masing-masing.
wind upgerak acu (sofbol)PendidikanTiadaIsyarat tamat: Isyarat tertentu yang diberikan kepada pengacara atau pelakon televisyen, radio atau pentas supaya menamatkan aksi atau percakapan.
cue cardkad kiuKomunikasiTiadaKad yang tercatat maklumat penting untuk dibacakan oleh para pelakon dan pengacara televisyen. Kad ini selalunya dipegang oleh petugas studio berhampiran kamera. kad peringatan. Lihat juga: telepanduan, panduan kendiri.
lipsyncsegerakkan bibirKomunikasiTiadaKetepatan antara pergerakan bibir dengan bunyi suara yang diucapkan oleh seseorang pelakon atau pengacara ketika proses memasukkan suara.
talk showrancangan bicaraKomunikasiTiadaRancangan televisyen yang membincangkan tentang isu-isu tertentu dan dikendalikan oleh seorang pengacara.
continuity (conti)sinambungKomunikasiTiada1. Studio sambungan yang dilengkapi dengan peralatan penyiaran radio dan televisyen. Studio ini digunakan oleh pengacara atau penyampai berita untuk membuat penyampaian yang biasanya dibuat secara langsung. konti. 2. Penggunaan peralatan penggambaran dan pelakon yang sama dan berterusan bagi sesuatu adegan walaupun berlaku perubahan dari segi masa, tempat atau perubahan tangkapan.
fact sheethelaian faktaKomunikasiKorporatPerincian maklumat tentang sesuatu organisasi, barangan atau perkhidmatan yang digunakan sebagai asas untuk menghasilkan skrip iklan, iklan media cetak, dan skrip pengumuman penerbitan. Perincian maklumat tentang sesuatu yang hendak diumumkan di radio dan televisyen juga disediakan kepada pengacara untuk tujuan hebahan secara langsung. Maklumat yang disediakan biasanya memberikan tumpuan kepada fakta yang meningkatkan citra atau menyokong hujah mengenai keistimewaan sesebuah organisasi. Barangan, dan penjelasan. Fakta yang bersifat saintifik merupakan fakta yang telah diuji kesahihannya melalui kaedah penyelidikan. Fakta hujahan merupakan fakta yang berasaskan logik dan rasional yang dijangka boleh diterima umum. Fakta penjelasan pula merupakan maklumat yang boleh memberikan nilai tambah kepada organisasi, barangan atau perkhidmatan.
12

Kembali ke atas