Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengacara 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SALAM 1 MALAYSIA apakah perkataan (Pengacara atau Juruacara) yang paling sesuai untuk menulis tugas dalam suatu ahli jawatankuasa dalam satu majlis? Pengacara majlis atau Juruacara majlis? terima kasihMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud pengacara ialah orang yang mengacarai sesuatu acara, majlis dan sebagainya. Pengacara juga dikenali sebagai juruacara.Makna05.05.2016
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab.

1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut.

2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri".

Tatabahasa15.02.2011
Bagaimana cara menganalisis gaya bahasa cerpen dan contohnya. Selain itu boleh lampirkan contoh ucapan perasmian untuk mesyuarat agung sekolah atau pengacara pertandingan nasyid sekolah.

1.  Gaya bahasa dalam cerpen merupakan "gaya bercerita". Justeru untuk menganalisisnya memerlukan kefahaman inti cerita. Apakah jenis penerangan, dialog atau satira? Paling utama gaya bahasa yang digunakan harus "lebih menggambarkan daripada menjelaskan".

2.  Ucapan perasmian - contohnya dapat diakses/dicapai dalam internet.

3.  Skrip pengacara pertandingan perlu meliputi:

     i.     Sapaan - tetamu.

     ii.    Objektif pertandingan.

     iii.   Hadiah pertandingan.

     iv.   Nama peserta/pasukan bertanding.

     v.    Urutan/ atur cara pertandingan.

     vi.   Rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat.

  

Lain-lain05.03.2009
salam 1 Malaysia, Adakah perlu meletak tanda koma selepas ayat/perkataan berikut; 1. manakala, dalam bidang pertanian..... 2. ini bermakna bahawa, masyarakat asli lebih kreatif berbanding 3. sementara, orang yang tidak berpendidikan akan sentiasa ditindas oleh golongan elit 5. kesimpulannya, masyarakat perlu berubah. 6. ini menunjukkan bahawa, tidak terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuanPenggunaan koma dalam ayat yang diberi tidak diperlukan kecuali dalam ayat 5. Penggunaan koma ini biasanya digunakan untuk tujuan jeda (dalam teks pengacara). Dalam penulisan rasmi penggunaan koma ini tidak diperlukan.Lain-lain26.08.2015
1. Tuan, dalam konteks Malaysia, adakah singkatan "Ir." bagi Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia) dan lulusan universiti tempatan atau United Kingdom merujuk kepada gelaran "Insinyur" atau "Ingenieur"? Di Eropah, singkatan "Ir." adalah untuk gelaran "Ingenieur". Bukankah istilah "Insinyur" berasal dari Bahasa Indonesia dan bermaksud sarjana keteknikan lulusan negara tersebut? 2. Seperkara lagi, apakah sebutan yang betul untuk singkatan "Ir."? Apakah ianya disebut dengan nama penuh "Ingenieur/Insinyur" atau I R (disebut dengan dua huruf ini sahaja) kerana dalam sesetengah majlis rasmi ada pengacara majlis menyebutnya dengan sebutan I R sahaja. Dalam masa yang sama, singkatan "Dr." tidak pula disebut D R tetapi dengan nama penuh "Doktor".Dalam Kamus Dewan, ejaan "Ir" dilabelkan sebagai bahasa Indonesia dan kependekan bagi Insinyur. Sedikit maklumat yang kami peroleh, mengikut amalan di negara kita gelaran "Ir" d iberikan kepada jurutera bertauliah yang telah lulus ujian kelayakan profesional. Gelaran tersebut disebut mengikut ejaan huruf yang diwakili, iaitu Ir (I.R) sama seperti Ar (A.R) bagi Arkitek, berbeza dengan amalan di negara jiran kita yang menyebut dengan ejaan penuh Insiyur. Untuk amklumat lanjut, tuan boleh menghubungi pihak Lembaga Jurutera Malaysia, pihak yang berwenang dalam hal berkenaan.Penyemakan dan penterjemahan18.10.2015
Mohon beri penjelasan, manakah yang betul tentang dua daripada ayat yang berikut: 1. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Mary Teresa Kinajil Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent, Tuaran. ATAU 2. Ketibaan Yang Berbahagia Puan Mary Teresa Kinajil Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent, Tuaran. Adakah soalan nombor 2 ini betul?Kedua-dua contoh ayat tersebut betul. Ayat pertama digunakan jika Puan Mary menjadi tetamu kehormat majlis dan pengacara mengumumkan ketibaan beliau agar tetamu bersedia untuk memberi penghormatan. Ayat kedua kebiasaannya digunakan dalam atur cara majlis dan Puan Mary merupakan antara tetamu kehormat majlis.Tatabahasa05.03.2009
aya rakayat Malaysia yang kini menetap di luar negara. saya amat prihatin dan berminat terhadap perkembangan bahasa Melayu dan kemajuan tamandun Melayu di Malaysia dan alam Melayu. Saya juga kerap melayari laman sesawang untuk mendapat maklumat yang berkenaan. Baru-baru ini saya tertonton video Youtube ini https://www.youtube.com/watch?v=yjd9MRPHBQY yang mengenai temubual dengan Y. Bhg. Datuk Ketua Pengarah DBP tentang Konvesyen Ketamadunan Dunia 1.0: "Menjejaki Kegemilangan Tamadun Melayu". Saya amat teruja dengan persetujuan dengan cadangan pengacara supaya DBP dijadikan satu platform penerus warisan dengan menyebarkan pembentangan, percambahan dan perkongsian dalam kovensyen tersebut dapat disebarkan kepada semua khalayak. Sayang sekali, video-video/ maklumat-maklumat berkenaan masih tidak disebarkan dalam lama sesawang seperti Youtube atau portal DBP sendiri. Adakah DBP akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat ini?Kami ambil maklum cadangan tuan dan kami kemukakan kepada bahagian yang berwenang untuk penambahbaikan promosi kegiatan kebahasaan di seluruh negara. Syabas atas keprihatinan tuan dalam hal ini.Lain-lain14.02.2017

Kembali ke atas