Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.dil] | ڤڠاديل

Definisi : 1. orang yg mengadili sesuatu per­kara, hakim: jikalau orang yg membuat undang-undang juga menjadi ~ undang-undang, nescaya tidak ada kebebasan; ~ litar pengadil yg beredar ke beberapa tempat (bandar dsb) utk menjalankan perbicaraan; 2. orang yg mengadili pertandingan atau perlawanan (spt bola sepak, tinju, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.dil] | ڤڠاديل

Definisi : 1 orang yg mengadili sesuatu perkara (di mahkamah); hakim. 2 orang yg mengadili sesuatu pertandingan (pertunjukan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengadil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana paling tepat: a) "Okey! Satu! Dua! Tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil. b) "Okey, satu, dua, tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil.

"Okey, satu, dua, tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil. Untuk lebih menguasai aspek tanda baca, rujuk buku Gaya Dewan, terbitan DBP.

Ejaan03.11.2011
mengacara Pengadil mengacara kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah berkenaan kes pembuangan bayi di mahkamah Tuan,Saya nak tanya ayat ini salah atau betul? Kalau salah mengapa?

Ayat yang betul ialah, Hakim mengadili kesalahan penjenayah di mahkamah bagi kes pembuangan bayi. 

Tatabahasa08.01.2021
Soalan 1 : bergantung pada ...... ( adakah ia digunakan untuk orang @ benda @ kedua-duanya sekali ? ) Soalan 2 : bergantung ( pada , kepada ) keputusan pengadil ? Soalan 3 : sepucuk @ selaras pistol ? Soalan 4 : sepucuk @ selaras senapang ? Soalan 5 : sebiji @ sebutir telur ? Terima kasih.............

1. Bergantung pada digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.  Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 275.

2. Bergantung pada keputusan pengadil.

3. Sepucuk pistol

4. Selaras senapang

5. Kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa11.05.2010
adakah soalan ini boleh diterima (Pengadil bola sepak itu meniup wisel menandakan perlawanan itu telah tamat.)
Menurut data kami, ayat tersebut betul.
Tatabahasa30.12.2016
Istilah VAR ( Video Assistant Referre) dalam bahasa Melayu? Istilah ini digunakan pakai dalam buku undang- undang bola sepak.Berdasarkan semakan PRPM dalam bidang Sukan, padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

video assistant referee (VAR) - pengadil berbantukan video

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain07.07.2021
Adakah ayat-ayat berikut gramatis? Andainya tidak,bagaimanakah hendak perbetulkannya: 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan manakala Ali memerhatikan dengan berdiri di tepi pekerja. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk sambil berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat kepada Kok Leong yang berada di atas tangga dengan berhati-hati. 5. Tiga orang ahli pengakap peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil membunyikan wisel kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan kepada pasukan sekolah bersungguh-sungguh.1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan, manakala Ali berdiri memerhatikannya.
2. Seorang budak lelaki sedang duduk berehat di pondok yang usang.
3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh berisi ke atas lori.
4. Razak menghulurkan cat dengan berhati-hati kepada Kok Leong yang berada di atas tangga.
5. Tiga orang ahli pengakap membawa peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim.
6. Seorang pengadil memberikan amaran kepada para pemain supaya tidak bermain kasar.
7. Para penonton memberi sokongan dengan bersungguh-sungguh kepada pasukan sekolah.
Tatabahasa02.07.2012
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? Jika tidak, tolong berikan ayat yang betul. Terima kasih. (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (5) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali untuk Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan camera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.Berikut merupakan ayat yang betul:

(1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas.

(2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas.

(3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas.

(4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. 


(6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan kamera.
 
(7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah.

(8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.

(9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.
Tatabahasa29.07.2014
A. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat berikut, tolong perbetulkan dan jelaskan mengapa ? 1. Zarina berasa kecewa kerana terpaksa memecahkan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. 2. 'Malaysia, di sini lahirnya sekeping cinta ' merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57. 3. Lampin pakai campak keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas. 4. Encik Ali mengajar Geografi kepada murid-murid menengah atas. 5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan taraf keselamatannya yang kurang memuaskan. 6. Sempena jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli. 7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah sebab saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal. B. Bagaimana hendak tukarkan ayat tanya songsang kepada ayat tanya biasa bagi ayat berikut : 1. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa untuk membawa kunci ? C. Apakah peribahasa yang sesuai bagi kedua-dua ayat berikut ? 1. Pengadil bola keranjang itu dicemuh oleh penonton kerana bersikap _____________ ketika mengadili perlawanan. 2. Kehidupan keempat-empat anak yatim piatu di hujung kampung itu sungguh daif dan melarat umpama ________ . Terima kasih.1. Zarina merasa kecewa kerana menghampakan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. Ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata yang tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat penggunaan kata yang tepat, sila rujuk kamus atau layari laman web kami di www.prpm.dbp.gov.my. Ruang yang terhad ini tidak dapat menghuraikan satu demi satu kesalahan dan ayat selepas ini telah diperbaiki.
2. "Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta", merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57.
3. Lampin pakai buang keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas.
4. Encik Ali mengajarkan Geografi kepada murid-murid menengah atas.
5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan tahap keselamatannya yang kurang memuaskan.
6. Bersempena dengan jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli.
7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah kerana saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal.

B. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa membawa kunci 

C. Sila rujuk penggunaan peribahasa yang sesuai dengan konteks ayat melalui laman web kami.
Tatabahasa23.09.2015

Kembali ke atas