Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengadil 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
referi/réferi/ 1 pengadil dlm perlawanan bola sepak, hoki dsb. 2 orang yg dirujuk utk memberikan maklumat (sokongan dsb) ttg kebolehan, kelayakan dsb seseorang, terutamanya yg memohon sesuatu jawatan atau biasiswa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
adil1 berpihak kpd yg benar dan yg hak; berpegang pd kebenaran: Hukuman yg dijatuhkan oleh hakim itu memang ~. 2 tidak berat sebelah (dlm memberikan layanan dsb); tidak melebihkan yg satu drpd yg lain: Ibu dan bapa hendaklah bersikap ~ kpd anak-anak mereka. 3 tidak berlebih-lebihan dan tidak kurang pula drpd yg sepatutnya (ttg sesuatu tuntutan dll); berpatutan; berpadanan. mengadili mendengar dan memeriksa sesuatu perbicaraan serta memberikan keputusan mengikut undang-undang: Seorang hakim yg berpengalaman telah dipilih utk ~ kes pembunuhan itu. mengadilkan menjadikan adil: ~ masyarakat. keadilan keadaan (sifat, perbuatan dll) adil. pengadilan 1 mahkamah tempat mengadili sesuatu perkara. 2 keputusan yg dicapai setelah mengadili sesuatu; cara mengadili. 3 sidang hakim ketika mengadili perkara. pengadil 1 orang yg mengadili sesuatu perkara (di mahkamah); hakim. 2 orang yg mengadili sesuatu pertandingan (pertunjukan dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengadil1. orang yg mengadili sesuatu per­kara, hakim: jikalau orang yg membuat undang-undang juga menjadi ~ undang-undang, nescaya tidak ada kebebasan; ~ litar pengadil yg beredar ke beberapa tempat (bandar dsb) utk menjalankan perbicaraan; 2. orang yg mengadili pertandingan atau perlawanan (spt bola sepak, tinju, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
litar1. lilit (pd sesuatu benda), keliling; 2. = litaran (Kej) jalan lengkap yg dilalui arus elektrik: haba dapat dihasilkan oleh arus elektrik dlm sesuatu ~; ~ pintas; 3. trek utk perlumbaan kereta, motosikal dsb; 4. bergerak berkeliling dr satu tempat ke tempat lain; pengadil ~ pengadil yg bergerak dr satu tempat ke tempat lain utk menjalankan tugas­nya; ~ bersepadu (Fiz) litar yg menggabungkan pelbagai komponen elektronik ke dlm satu unit; ~ elektrik (Fiz) susunan pengalir dan peranti yg dapat mengalirkan arus elektrik; ~ pintas = ~ singkat (Kej) kesalahan yg menyebabkan jalan arus elektrik menjadi pendek kerana penebat yg rosak; ~ tertutup (Fiz) litar elektrik yg lengkap dan mem­bolehkan arus mengalir apabila voltan dibekalkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
adil1. menyebelahi pihak yg benar (bkn se­suatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan dsb): raja yg ~; tindakan yg ~; hakim itu ~ keputusannya; 2. meletakkan sesuatu pd tempatnya yg betul (bkn sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputus­an dsb): pelantikan seseorang yg ahli dlm bidangnya adalah satu pelantikan yg ~; 3. menepati hak seseorang atau sesuatu: kadar taksiran mestilah ~ dan tidak menjadi satu beban kpd penduduk; para pekerja men­dapat layanan dan ganjaran yg ~, setimpal dgn pengorbanan yg dilakukan kpd organi­sasi; 4. tidak menyebelahi mana-mana pihak (bkn layanan terhadap seseorang dsb), tidak berat sebelah: tugas ibu bapa ialah berlaku ~ dlm sesuatu pemberian kpd anak-anak dgn tidak melebihkan seorang drpd yg lain; mengadili menimbangkan dgn saksama serta memutuskan (dlm mahkamah dsb), memeriksa dan menghukum orang dgn adil: ~ dan menghukum orang-orang yg melanggar undang-undang; keadilan sifat (perbuatan, tindakan, dll) yg adil: ~ seseorang raja atau pemerintah; ia menuntut ~ ia menuntut penyelesaian yg adil; menciptakan ~ masyarakat mengadakan susunan dan keadaan yg adil bagi kehidupan dlm masyarakat; ketidakadilan perihal (keadaan, perbuatan, kejadian, dsb) tidak adil; peradilan segala yg berkaitan dgn perkara pengadilan: selalunya ahli sains membuat ~ moral kpd rakan-rakan mereka; pengadilan 1. mahkamah, majlis, dsb yg mengadili: aku akan dihadapkan ke muka ~ dan di sanalah aku akan menerima keadilan; 2. perihal (perbuatan dsb) meng­adili, perbicaraan serta keputusan oleh peng­adil: penjahat-penjahat perang dijatuhi hukum­an mati dlm ~ di mahkamah Nurem­berg; 3. perihal (perbuatan dsb) mengadili sesuatu pertandingan dsb: ~ pertandingan pakaian aneka ragam; pengadil 1. orang yg mengadili sesuatu per­kara, hakim: jikalau orang yg membuat undang-undang juga menjadi ~ undang-undang, nescaya tidak ada kebebasan; ~ litar pengadil yg beredar ke beberapa tempat (bandar dsb) utk menjalankan perbicaraan; 2. orang yg mengadili pertandingan atau perlawanan (spt bola sepak, tinju, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
pengadil1 orang yg mengadili sesuatu perkara (di mahkamah); hakim. 2 orang yg mengadili sesuatu pertandingan (pertunjukan dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
referi(réferi) 1. bp pengadil; 2. orang yg dirujuk utk memberikan maklumat, sokongan dsb tentang watak, kebolehan, kelayakan dsb seseorang, terutamanya yg memohon sesuatu pekerjaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengadil1. orang yg mengadili sesuatu perkara (di mahkamah); hakim. 2. orang yg mengadili sesuatu pertandingan (pertunjukan dll).Kamus Pelajar
depanhadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll) yg akan datang; di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd; terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn pa­sang­an, telefonlah sahaja; kalau ingin me­negurnya, tegurlah ~ secara baik; berdepan bertemu (bersua) muka, ber­hadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu; berdepan-depan berhadap-hadapan, ber­semuka; mendepan menghadap (menghala, meng­arah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya ber­kemban gantung sahaja dan separuh dada­nya terbuka ~ angin; mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; mengedepankan mengutarakan, menge­mukakan: ~ permohonan kpd pihak yg berkenaan; terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya ber­jaga-jaga.Kamus Dewan Edisi Keempat
hakim I1. pegawai yg dilantik utk mengadili sesuatu perbicaraan dlm mahkamah: ~ yg membicarakannya mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara; H~ Besar ketua hakim; menjadi ~ sendiri melakukan sekehendak hati terhadap orang yg dianggap bersalah; dihadapkan ke muka ~ dihadapkan ke mahkamah; 2. orang yg dilantik mengadili sesuatu pertandingan (permainan dsb), pengadil: tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah; berhakim menjadi hakim: apabila berjanji mungkir, apabila ~ durjana; ~ kpd minta pengadilan kpd: marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa salah siapa benar; ~ kpd beruk (harta habis hajat tak sampai) prb minta pengadilan kpd orang yg tamak, sudah tentu dapat kerugian; berhakimkan menggunakan seseorang dsb sbg hakim: oleh sebab tidak ada tempat utk membuat pengaduan apabila berlaku per­selisihan, maka setiap keputusan akan hanya ~ diri sendiri; menghakimi, menghakimkan mengadili, mempertimbangkan (utk menentukan salah benar sesuatu atau seseorang): hakim mah­kamah tinggi ~ perkara-perkara besar spt perkara pembunuhan, penculikan, rompak­an besar, dll; kehakiman segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undang-undang) dan pengadil­an: jabatan ~; soal-soal ~; ~ semu perihal fungsi yg menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yg dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, mis tribunal; penghakiman perihal (perbuatan dsb) meng­hakimi: dapatkah kita menjamin keadilan sebenar sekiranya proses ~ masih meng­hadapi masalah kefahaman.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas