Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang atau pihak yg mengadu domba(kan), orang atau kumpulan lain: ada ancaman komunis, ada bahaya dadah, antinasional, pembuat fitnah dan ~ rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengadu domba


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengadu dombaorang atau pihak yg mengadu domba(kan), orang atau kumpulan lain: ada ancaman komunis, ada bahaya dadah, antinasional, pembuat fitnah dan ~ rakyat.Kamus Dewan Edisi Keempat
adu dombamengadu domba, mengadudom­ba­kan, memperadudombakan memper­lagakan seseorang (sesuatu golongan dll) dgn yg lain: parti-parti yg tidak bertanggung­jawab hendak ~ orang Melayu dgn orang Cina; mereka hendak menjajah negeri kita dgn jalan memperadudombakan kita sama kita; pengadu domba orang atau pihak yg mengadu domba(kan), orang atau kumpulan lain: ada ancaman komunis, ada bahaya dadah, antinasional, pembuat fitnah dan ~ rakyat.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengadu1. (orang yg) suka mengadu: Kerana ~ benar, dia dibenci orang. 2. orang yg mengadukan: Setiap langkahnya diketahui polis, tentu ada ~nya. adu domba; mengadu domba memperlagakan domba. mengadudombakan mengacum satu pihak supaya bermusuhan-musuhan dgn pihak yg lain: Janganlah suka ~ kawan-kawan sendiri.Kamus Pelajar
adu I;beradu 1. bertanding utk merebut kemenangan dlm sesuatu perlumbaan, pertandingan dsb: Badang telah ~ kekuatan dgn seorang yg gagah bernama Benderang. 2. berlaga; bersabung: ayam ~. mengadu 1. menjadikan binatang (spt ayam dll) berlaga; melagakan: ~ ayam. 2. memberitahu seseorang (utk mendapat belas kasihan, pertolongan dsb): Sejak ayah dan ibunya meninggal, tiada lagi tempat ia hendak ~. 3. menyampaikan sesuatu utk memburuk-burukkan orang lain: Kita harus berhati-hati kerana ada antara kita di sini yg suka ~. ~ lidah berbantah; bertengkar. ~ nasib (untung) melakukan sesuatu sbg mencuba-cuba saja. mengadukan mengemukakan sesuatu hal (kpd orang yg berkuasa dll): Mereka telah ~ kesulitan mereka kpd wakil rakyat. Ia ~ kejahatan temannya kpd penghulu kampung. aduan hal atau perkara yg diadukan: Ia hendak menyiasat sama ada ~ itu benar atau tidak. peraduan perbuatan atau hal beradu; pertandingan: Haji Ismail Hashim telah berkali-kali menjadi johan dlm ~ membaca Quran pd peringkat kebangsaan dan antarabanga. pengaduan perbuatan (hal dsb) mengadu atau mengadukan: ~ tsb dibuat atas desakan teman-temannya. pengadu 1. (orang yg) suka mengadu: Kerana ~ benar, dia dibenci orang. 2. orang yg mengadukan: Setiap langkahnya diketahui polis, tentu ada ~nya. adu domba; mengadu domba memperlagakan domba. mengadudombakan mengacum satu pihak supaya bermusuhan-musuhan dgn pihak yg lain: Janganlah suka ~ kawan-kawan sendiri.Kamus Pelajar

Kembali ke atas