Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.gi.han] | ڤڠاݢيهن

Definisi : perbuatan dsb mengagihkan, pembahagian: harta yg diketepikan oleh pemilik itu dipegang dlm bentuk amanah bagi ~ berterusan kpd penerima; ~ kuasa pembahagian dan penentuan (bidang kuasa) kpd golongan-golongan tertentu dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.gi.han] | ڤڠاݢيهن

Definisi : perbuatan atau hal mengagihkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengagihan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, Teori Sumber dan Pengagihan oleh Van Dick, Teori Sumber dan Pengagihan perlu guna huruf besar ke?Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.

"Teori Sumber dan Pengagihan oleh Van Dick" bukan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf kecil, kecuali di pangkal ayat, kata nama am ini ditulis dalam huruf besar. 
Lain-lain01.09.2023
Pengagihan subsidi bagi penanam padi dibuat dengan cara yang teradil oleh Ketua Kampung Jenderam. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQPengagihan subsidi bagi penanam padi dibuat dengan adil oleh Ketua Kampung Jenderam.
Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.
Tatabahasa16.02.2012
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. Istilah "front-loading" merujuk kepada pengagihan atau peruntukan (kos, usaha, dsb.) secara tidak sekata, dengan bahagian yang lebih besar diperuntukkan pada peringkat awal perusahaan atau proses berkenaan. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "front-loading"? Bolehkah "pemuatan ke depan" diterima?Belum ada padanan front-loading dalam Bahasa Melayu. Cadangan kami front-loading diterjemahkan kepada bebanan depan sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan21.08.2019
apakah maksud kegiatan ekonomi??Maksud kegiatan ekonomi secara literal ialah sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan.Makna26.06.2015
maksud integrasi ekonomi dan integrasi sukan Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur,bahagian,dll.) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Ekonomi bermaksud 1.ilmu berkenaan pengeluaran,pengagihan,penggunaan barang 2.istem pengendalian sumber kekayaan. Sukan bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga. Oleh itu kata di atas bermaksud penyatuan /penggabungan ekonomi atau sukan.  Makna28.01.2008
Hi DBP, Di Zurich, kami baru sahaja memperkenalkan terma baharu untuk ejen dan konsultan kami iaitu 'Wealth Planner'. Terdapat beberapa pilihan dalam BM yang kami kini sedang pertimbangkan: 1) Perancang Kekayaan 2) Perancang Harta 3) Perancang Harta Kekayaan Bolehkah DBP nasihati kami berkenaan ini. Terima kasih.Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi wealth ialah kekayaan seperti yang digunakan dalam istilah cukai kekayaan, komposisi kekayaan dan pengagihan kekayaan. Oleh yang demikian, perancang kekayaan boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2018

Kembali ke atas