Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.jar] | ڤڠاجر

Definisi : 1. ajaran: tidak mendapat petun­juk dan ~; 2. orang yg mengajar (spt guru, pensyarah, dsb): pd masa ini, sangat keku­rang­an tenaga ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.jar] | ڤڠاجر

Definisi : orang yg mengajar (spt guru, pensyarah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengajar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pengajarPengajar ialah orang yang mengajar (seperti guru, pensyarah, penceramah,dll).Makna28.05.2008
Saya ingin meminta penjelasan mengenai penggunaan istilah "HOSPITAL PENGAJAR", contohnya Hospital Pengajar UPM (sila lihat: http://www.medic.upm.edu.my/awani_hpupm). Adakah istilah ini betul dan sesuai untuk digunakan untuk membawa maksud "TEACHING HOSPITAL"? Jika disemak daftar istilah MABBIM (DBP), istilah yang bersesuaian dengan "teaching hospital" ialah "hospital pengajaran". Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk "teaching hospital" ialah hospital pendidikan atau hospital pengajaran.Istilah26.04.2016
Apakah perkataan Bahasa Inggeris yang lebih tepat untuk perkataan "pengajar"? Adakah terdapat perbezaan makna dan penggunaan antara "teacher" dan "preacher"?Istilah bahasa Inggeris untuk "pengajar" ialah instructor atau tutor. Istilah bahasa Melayu untuk "teacher" ialah guru dan istilah bahasa Melayu untuk "preacher" ialah pengkhutbah. Pengkhutbah bermaksud orang yang berkhutbah, pen­syarah atau pembicara (terutama mengenai perkara-perkara keagamaan).Istilah29.04.2016
Salam Tuan. Saya ingin mendapat pandangan DBP mengenai kemungkinan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menggunakan istilah "jurufasilatih" untuk merujuk kepada tenaga pengajar kami. Ia mengandungi maksud seseorang yang mempunyai sifat/skil kepakaran, pemudahcara dan jurulatih kerana tenaga pengajar INTAN perlu memiliki ketiga-tiga komponen tersebut. Mohon nasihat tuan.Untuk makluman istilah pemudah cara atau fasilitator telah diterima pakai sebagai padanan untuk facilitator dan telah mantap penggunaannya.   DBP juga tidak menggalakkan pemenggalan dan percantuman beberapa perkataan untuk membentuk satu istilah yang baru.Istilah14.01.2011
mua'ddibMuaddib: pengajar, pengasuh, pendidik.Makna01.09.2009
Jabatan Saya perlukan seorang tenaga pengajar untuk bengkel Penulisan pada hujung bulan september ini selama dua hari. Dengan siapa patut saya berurusan untuk hal ini.Tuan boleh menghubungi Akademi DBP melalui talian 03-2147 9226 atau 03-2147 9227.Lain-lain04.09.2014
Kepada yang berkenaan, Saya merupakan seorang pengajar yang diberi tugasan untuk membina kurikulum baharu untuk pelajar-pelajar yang terdiri daripada pegawai-pegawai perkhidmatan luar dari Amerika yang akan berkhidmat di Kedutaan Amerika. Salah satu tugasan yang sedang saya usahakan ialah mencari pengumpulan senarai data kekerapan kata untuk Bahas Melayu. Saya amat berharap sekiranya pihak tuan dapat memberi sedikit panduan di mana saya boleh peroleh senarai data berkenaan sekiranya wujud. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Yang Benar, Pn. Norlidah

Untuk membantu saudari menyelesaikan persoalan tersebut, saudari boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka  melalui talian 03-2147 9175. Selain itu juga, saudari boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Pusat Dokumentasi Melayu memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa, sastera dan budaya. Jika saudari berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu, saudari boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran keahlian dikenakan sebanyak RM20 setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudari boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3, Blok Podium, Menara DBP.

 

Lain-lain17.07.2019
APAKAH SUMBANGAN DAN KEPENTINGAN ILMU PSIKOLINGUISTIK KEPADA PENGAJAR BAHASA DAN PELAJAR BAHASA?

Terima kasih atas soalan saudara, sila rujuk bahan ini :

1.

Aplikasi psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasaZulkifley HamidPTS Professional Publishing Sdn. Bhd.2006

Lain-lain12.04.2008
Apakah terjemahan bahasa Inggeris yang tepat untuk perkataan "tenaga pengajar"? Terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Padanan yang kami boleh berikan ialah instructor.
Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk  maklumat lanjut.

Sekian.
Penyemakan dan penterjemahan25.07.2017
Apakah maksud penembusan pasaran?Kami mencadangkan saudari untuk merujuk guru atau pengajar di sekolah. Namun, sekiranya saudari ingin membuat rujukan tambahan seperti tesis, kertas kerja, buku atau artikel, saudari boleh melayari laman web http://pustakav2.dbp.gov.my/Lain-lain31.12.2021
1234

Kembali ke atas