Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ja.ran] | ڤڠاجرن

Definisi : 1. perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yg dipentingkan, dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajar­kan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir; 3. peringatan, pedo-m­an: pengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tanda-tanda kebesaran-Nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ja.ran] | ڤڠاجرن

Definisi : 1 segala yg berkaitan dgn mengajar atau mengajarkan (spt caranya, sistemnya): ~ sains dan hisab sekarang ini berlainan drpd sebelum perang dahulu. 2 sesuatu yg dpt dijadikan pedoman; peringatan: Peristiwa itu menjadi ~ kpd kita supaya lebih berhati-hati apabila hendak berunding dgn mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengajaran

Peribahasa

Tunggul kayu kalau ditarah pelicin,
     diikut juga,
jangankan manusia.

Bermaksud :

Pengajaran yang baik lambat-laun dapat juga memperbaiki orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana yang betul? Pengajaran dan pembelajaran atau pengajaran dan pemelajaran? Apakah perbezaan kedua-duanya? Bila masa kita gunakan pembelajaran dan bilakah masanya kita menggunakan pemelajaran?

Pengajaran dan pembelajaran merujuk pada proses belajar manakala pengajaran dan pemelajaran merujuk pada proses mempelajari sesuatu. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks.

Tatabahasa20.04.2010
Antara perkataan "pengajaran dan pembelajaran" dan "pengajaran dan pemelajaran" yang manakah lebih tepat penggunaannya?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Manakala pemelajaran pula ialah proses mempelajari. Cadangan kami ialah pengajaran dan pemelajaran. Bagaimanapun, ia bergnatung kepada konteks penggunaan dan maksud yang ingin disampaikan.Tatabahasa29.03.2009
1.TAKRIFAN TATABAHASA-BERAPA TOKOH BAHASA. 2.OBJEKTIF PENGAJARAN TATABAHASA. 3.PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA. 4.CONTOH PENGAJARAN TATABAHASA SECARA TIDAK LANGSUNG.Pertanyaan saudara ini berbentuk tugasan pelajar. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Kami mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaitan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik/ layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.Lain-lain02.06.2013
1) Yang manakah antara berikut adalah betul;- a) pengajaran dan pembelajaran, atau b) pengajaran dan pemelajaran.

Kedua-duanya betul, pengajaran dan pembelajaran (proses belajar), serta pengajaran dan pemelajaran (proses mempelajari).

Lain-lain08.12.2008
Pengajaran bahasa melayu Mengapa tempat rujukan sepeti kamus dewan PRPM tidak selari Maksud saya ada perbezaan Mengapa perkara ini berlaku dan yang manakah rasmiSoalan yang diajukan tidak difahami, mohon nyatakan soalan yang lebih jelas berserta contoh supaya pihak kami dapat membuat tindakan selanjutnya.Lain-lain12.03.2020
1) wajarkah pengajaran bahasa melayu di sekolah menggunakan bahasa dialek? 2) langkah DBP untuk mengelakkan penggunaan bahasa dialek dalam pengajaran bahasa melayu di skolah?Pengajaran bahasa Melayu di sekolah hendaklah menggunakan bahasa baku atau standard kerana pengajaran di sekolah merupakan situasi rasmi atau formal. DBP sentiasa berusaha untuk menggalakkan dan memastikan bahasa baku digunakan di sekolah dengan mengadakan pelbagai kegiatan kebahasaan seperti forum, seminar, ceramah, kursus dsb. agar bahasa baku dapat dipraktikkan dalam sesi-sesi ini.   Lain-lain26.03.2008
Salam sejahtera. Pertanyaan saya: Sekarang kita sedang berada pada abad 21. Yang manakah pernyataan yang tepat dan kenapa pernyataan itu dipilih? Pengajaran abad ke-21 atau pengajaran abad 21. Jika pengajaran abad ke-21 saya berpendapat kurang tepat kerana situasi kita sekarang berada pada abad 21 dan bukannya kita berada pada abad 20. Harap dapat penjelasan.Penggunaan yang betul ialah "Pengajaran abad ke-21.  Perkataan "Ke" di sni bukan bermaksud "menuju" tetapi bermaksud bilangan.  Contoh: abad pertama, abad keduaLain-lain06.03.2017
i) Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat ...... ii) Di akhir pengajaran, murid-murid dapat ..... Antara dua ayat ini, ayat manakah yang betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah pada akhir pengajaran, murid-murid dapat ......Lain-lain29.04.2010
Yang mana satukah yang betul. 1. Pengajaran dan Pembelajaran 2. Pembelajaran dan PengajaranTerpulang kepada konteks dan penggunaan ayat. Jika merujuk kepada P &P ialah singkatan untuk Pengajaran dan Pembelajaran.Lain-lain05.08.2014
frasa manakah yang lebih sesuai "pengajaran yang kita peroleh melalui filem" atau "pengajaran yang kita peroleh dalam filem"?Kedua-dua farasa tersebut boleh digunakan. Namun, cadangan kami yang lebih sesuai ialah "pengajaran yang kita peroleh dalam filem".Tatabahasa25.06.2013
12345678910...

Kembali ke atas