Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ja.ran] | ڤڠاجرن

Definisi : 1. perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yg dipentingkan, dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajar­kan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir; 3. peringatan, pedo-m­an: pengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tanda-tanda kebesaran-Nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ja.ran] | ڤڠاجرن

Definisi : 1 segala yg berkaitan dgn mengajar atau mengajarkan (spt caranya, sistemnya): ~ sains dan hisab sekarang ini berlainan drpd sebelum perang dahulu. 2 sesuatu yg dpt dijadikan pedoman; peringatan: Peristiwa itu menjadi ~ kpd kita supaya lebih berhati-hati apabila hendak berunding dgn mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengajaran

Peribahasa

Tunggul kayu kalau ditarah pelicin,
     diikut juga,
jangankan manusia.

Bermaksud :

Pengajaran yang baik lambat-laun dapat juga memperbaiki orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
teaching strategystrategi pengajaranPendidikanTiadaPerancangan pengajaran yang melibatkan penyusunan kaedah, teknik dan aktiviti dalam pengajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.
programmed teachingpengajaran terancangPendidikanTiadaKaedah pengajaran berasaskan bahan pengajaran yang dirancang dengan teliti untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang. Pelajar belajar dengan cara berinteraksi dengan bahan.
competency-based teachingpengajaran berasaskan kecekapanPendidikanTiadaPendidikan guru yang bertujuan untuk melatih pelajar tentang kemahiran khusus dalam bilik darjah. Ini meliputi penggunaan kaedah pengajaran simulasi, pengajaran mikro dan analisis proses interaksi.
computer-assisted instructionpengajaran berbantukan komputerPendidikanTiadaPenggunaan komputer dalam pengajaran untuk membantu mempersembahkan bahan pengajaran kepada pelajar, memantau kemajuan pelajar atau memilih bahan pengajaran tambahan mengikut keperluan pelajar.
criterion referenced instruction (CRI)pengajaran berpandukan kriteria (CRI)Teknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pengajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya latihan. Pembelajaran atau latihan dalam talian berasaskan CRI biasanya mampu diri dan kaya sumber media. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kecekapan berasaskan kriteria yang ditetapkan bersesuaian dengan idea utama CRI, iaitu pembelajaran penguasaan dan pengajaran berorientasikan prestasi. Biasanya, CRI diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kecekapan yang perlu dikuasai.
systematic teachingpengajaran sistematikPendidikanTiadaGaya pengajaran berstruktur dan tersusun yang dirancang untuk mencapai objektif pengajaran.
reflective teachingpengajaran reflektifPendidikanTiadaKaedah pengajaran yang melibatkan guru mengkaji kekuatan dan kelemahan semasa dan selepas pengajaran bagi mempertingkatkan kualiti pengajarannya.
tutorialtutorialPendidikanTiada

 Perisian pengajaran yang menawarkan urutan pengajaran yang lengkap tentang sesuatu topik.

teacher-centred teachingpengajaran berpusatkan guruPendidikanTiadaPendekatan pengajaran guru yang melibatkan guru secara aktif dalam pengajaran. Bandingkan student-centred teaching.
macroteachingpengajaran makroPendidikanTiadaSesi latihan mengajar secara simulasi dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran sepenuhnya dari awal hingga akhir pengajaran mengikut tempoh yang ditetapkan. Bandingkan microteaching.
12345678910...

Kembali ke atas