Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.jian] | ڤڠاجين

Definisi : 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjemput Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pem­belajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.jian] | ڤڠاجين

Definisi : 1 perbuatan atau hal mengaji. 2 cabang ilmu pengetahuan; pelajaran; pengetahuan: ~ ttg hal kuman disebut kaji kuman. ~ jarak jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video. pusat ~ tinggi universiti; institusi pengajian yg sama tarafnya dgn universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Seminar Jabatan Pengajian Melayu dan Jabatan Pengajian IslamJabatan Pengajian MelayuTiada1978 
Prosiding Seminar Penyelidikan dalam Pengajian Islam ke-4 2007: peningkatan kualiti penyelidikan dalam pengajian IslamFakulti Pengajian Islam, UKMTiada2007978-983-2234-41-8
Pengajian Islam di institusi pengajian tinggi awam MalaysiaPenerbit Universiti MalayaTiada2007978-983-100-451-7
Transformasi pengajian melayuAkademi Pengajian MelayuTiada2015978-967-0380-61-2
Rampaian Pengajian MelayuJabatan Pengajian MelayuTiada1984 
Akademi Pengajian MelayuAkademi Pengajian MelayuTiada[19??] 
Seminar Pengajian Bahasa di Institusi Pengajian Tinggi SwastaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Persidangan Antarabangsa Pengajian MelayuJabatan Pengajian MelayuTiada1989 
Pengkaedahan penyelidikan pengajian MelayuAkademi Pengajian MelayuTiada2011983-2085-53-3
Cabaran semasa pengajian MelayuAkademi Pengajian MelayuTiada2010978-983-43668-7-2
12345678910...

Kembali ke atas