Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.khi.ran] | ڤڠاخيرن

Definisi : perihal mengakhiri atau meng­akhir­kan, penyudahan: ~ mesyuarat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengakhiran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah frasa yang tepat dalam Bahasa Inggeris bagi pengakhiran surat rasmi "saya yang menjalankan amanah"?

Puan,

Untuk makluman pihak puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan tersebut. Pihak puan boleh berurusan dengan pihak Persatuan Penterjemah Malaysia kerana mereka menyediakan perkhidmatan tersebut.

Terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan02.10.2018
Adakah terma "Yang benar" dan "saya yang menurut perintah" dibenar untuk digunakan sebagai pengakhiran surat (signing off) di dalam surat-surat rasmi kerajaan? Jika dibenarkan, keadaan yang bagaimanakah kedua-dua terma itu dibenar untuk digunakan? Apakah yang membezakan kaedah penggunaannya? Berikut adakah cadangan yang digariskan: Adakah sesuai? Penggunaan signing off “Saya yang menjalankan tugas”: 1. Surat berbentuk hebahan penguatkuasaan seperti Pekeliling, Garis Panduan dan Peraturan yang sedang atau akan dilaksanakan 2. Surat berbentuk peringatan seperti makluman penting, teguran dan tindakan tatatertib 3. Surat berbentuk maklumbalas atau penjelasan kepada pihak atasan seperti Pengurusan Universiti, Kementerian dan pihak berkepentingan. Penggunaan signing off “Yang benar”: 1. Surat berbentuk umum seperti memohon penajaan, kelulusan program, rayuan dan pelantikan. 2. Surat jemputan seperti menghadiri Mesyuarat dan Program Rasmi Universiti 3. Surat penghargaan dan ucapan tahniah 4. Memo edaran dalaman Jabatan – Ketua Jabatan kepada kakitangan jabatan masing-masing Mohon pandangan dan nasihat daripada pihak Tuan. Terima kasih.Kedua-dua klausa ini "Saya yang menurut perintah" dan "Saya yang menjalankan tugas" adalah betul. Pemilihan penggunaan penutup surat rasmi  bergantung kepada organisasi masing-masing, tidak tertakluk pada konteks penggunaan dan tajuk surat. Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai garis panduan dalaman tersendiri, dan kami menggunakan klausa "Saya yang menurut perintah". Sekiranya oraganisasi tuan berhasrat menggunakan klausa "Saya yang menjalankan tugas", itu merupakan gaya surat rasmi tersendiri organisasi tuan. Adapun klausa "Yang benar" lazimnya digunakan dalam surat tidak rasmi.Tatabahasa26.09.2016
SALAM SEJAHTERA MOHON PERTANYAAN PENGGUNAAN PINGAT KEBESARAN KEPADA PANGGILAN NAMA KETUA JABATAN PADA PENGAKHIRAN SURAT RASMI SEPERTI BERIKUT : Saya yang menurut perintah, ................................................... (MOHD KHAIRUDDIN BIN MD. SOM A.M.N, A.M.S) @ (MOHD KHAIRUDDIN BIN MD. SOM) A.M.N, A.M.SSaya yang menurut perintah,
...................................................
(MOHD KHAIRUDDIN BIN MD. SOM, AMN, AMS)  - italikkan ejaan nama pingat
Tatabahasa21.04.2015
majlis penutupan atau penutupUngkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmianbermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis.Istilah10.03.2015
Tuan, Yang mana satukah betul? Majlis Perasmian Penutup atau Majlis Perasmian Penutupan?Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll.Tatabahasa21.10.2010
Syuhaila Husain Majlis Perasmian Penutup atau Majlis atau Majlis Perasmian Penutupan atau Majlis Penutupan Yg mana satu.?Ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmianbermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis.Tatabahasa18.05.2014
salam. saya amat meminati dunia penulisan. saya pernah menghasilkan satu novel online. Tapi, daripada segi kualiti mungkin agak rendah kerana mungkin penggunaan struktur kata yang agak kurang bijak, tidak cukup puitis, kosa kata tidak meluas dan kadang-kadang pengakhiran cerita dapat diteka oleh pembaca. Saya betul-betul berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Saya berkehendakkan khidmat daripada DBP dalam memberi tunjuk ajar dan tips bagi menjadi seorang penulis. harap kepada respon. kerjasama tuan diucapkan terima kasih.Salam. Tips untuk menjadi penulis, antara lain, saudara perlu banyak membaca karya orang lain terlebih dahulu. Jika saudara ingin menulis novel misalnya, maka bacalah novel yang temanya menjadi minat saudara, contohnya kisah cinta, penyiasatan, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, seting, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens; pembahagian bab, dan apa-apa sahaja yang menjalin sesebuah cerita.  Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara.  Pada masa ini juga, banyak buku  panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak tips untuk saudara menulis. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis yang baik, maka mahu tidak mahu, ia terpulang juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah, bakat semula jadi (alami), tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Moga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah. Wassalam.Lain-lain05.05.2010
Penggunaan perkataan 'Perasmian Penutupan' atau 'Perasmian Penutup' bagi sesuatu majlis.Biasanya ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Ini bersesuaian dengan laras Majlis Perasmian yang bermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis.Tatabahasa27.07.2011
Adakah perkataan 'majlis' perlu dicatatkan dalam sesuatu program? Contohnya: 'Majlis Penutupan Dialog Utara'. Ataupun memadai dengan 'Penutupan Dialog Utara'?Ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmian bermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis.Lain-lain28.08.2017
Assalamualaikum. Mohon pencerahan penggunaan perkataan iaitu Majlis Penangguhan yang sering digunakan dalam menutup sesuatu majlis seperti sukan tahunan sekolah atau majlis yang diadakan setiap tahun. Bagaimana pula dengan penggunaan Majlis Penutupan? Terima kasihWaalaikumsalam. Tuan, sekiranya sesuatu majlis itu ada Majlis Perasmian, maka pengakhiran majlis itu mestilah Majlis Penutupan.Lain-lain07.03.2015
12

Kembali ke atas