Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengakuan;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
admission and confessionpengakuan dan pengakuan salahUndang-undangTiadaTiada
confessional poetrypuisi pengakuanKesusasteraanPuisiPuisi kisahan yang mengandungi suatu pengakuan yang sangat peribadi sifatnya. Pengakuan itu tidak semestinya dilafazkan oleh pengarang, tetapi mungkin juga oleh watak dalam puisi itu. Contohnya, puisi "Nyanyian Angsa" dan "Sajak Anak Muda" karya W.S. Rendra.
admission of guiltpengakuan bersalahUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPernyataan oleh seseorang yang dituduh melakukan jenayah bahawa dia telah melakukan jenayah dan tidak mempunyai pembelaan atau wajaran. Mahkamah atau tribunal jenayah perlu memastikan si tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan bersalah tersebut dan pengakuan itu dilakukan secara sukarela selepas perbincangan dengan peguam bela. Dengan pengakuan ini, si tertuduh akan disabitkan bersalah dan dihukum oleh mahkamah atau tribunal jenayah. Amalan ini dipakai dalam undang-undang jenayah antarabangsa.
Certification schemeSekim pengakuanPertanianAgronomi

Sekim untuk menjamin kualiti sesuatu bahan melalui pemeriksaan dan pengiktirafan oleh sesuatu badan penguasa. Contohnya dalam sekim pengakuan biji benih, badan berkuasa akan memberi pengakuan bahawa sesuatu benih yang dihasilkan itu benar-benar dari satu varieti terpilih dan biji benih itu dijamin bernas. Dalam sekim pengakuan pertanian organik, Jabatan Pertanian Malaysia mengeluarkan Sijil Organik Malaysia (SOM) untuk menjamin bahawa sesuatu produk itu dihasilkan mengikut piawaan dan garispanduan sistem organik.

auricular confessionpengakuan bisikSejarahTiadaPengakuan yang dibuat secara rahsia dan sulit.
pawn acceptence declarationpengakuan terima gadaianEkonomiEkonomi IslamPengesahan penerimaan barang gadaian dalam bentuk dokumen oleh penggadai atau wakilnya setelah ditebus. Pengakuan ini menyatakan bahawa barang gadaian yang diterima semula berada dalam keadaan sempurna seperti asal. Tujuan pengesahan terima gadaian adalah untuk mengelakkan pertelingkahan antara penggadai dengan pegadai tentang terima serahan dan kesempurnaan barang gadaian.
sulh ‘an iqrarperdamaian berdasarkan pengakuanPerniagaan IslamTiadaAkad perdamaian antara dua pihak berkaitan dengan tuntutan produk atau perkhidmatan disebabkan wujud pengakuan daripada pihak yang dituntut. Contohnya, dakwaan A bahawa rumah kepunyaan B adalah miliknya. Kemudian, apabila ternyata rumah tersebut milik A, mereka berdamai dengan persetujuan bahawa B membayar harga tertentu kepada A.
acknowledgementpengakuan; penghargaan; perakuanKomputerTiadaTiada
affirmationpengakuanLinguistikTiadaTiada
affirmationpengakuanEkonomiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas