Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.la.man] | ڤڠالمن

Definisi : apa yg telah dialami (dirasai, ditempuh, dll): orang itu telah banyak ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.la.man] | ڤڠالمن

Definisi : apa-apa yg pernah dialami: Beliau telah menceritakan ~nya di rantau orang kpd kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengalaman

Peribahasa

Berjalan jauh banyak dilihat.

Bermaksud :

Banyak pengalaman kalau bepergian ke mana-mana.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PSIKOLOGI GESTALT

Psikologi Gestalt merupakan satu aliran

psikologi yang menekankan kajian tentang

pengalaman sebagai suatu kesatuan yang

menyeluruh. Ahli psikologi Gestalt percaya bahawa

pola , atau bentuk merupakan bahagian pengalaman

yang paling mustahak. Menurut mereka,

keseluruhan pola memberi makna kepada setiap

unsur pengalaman. Dengan kata lain, keseluruhan

pola adalah lebih penting daripada jumlah

bahagian-bahagiannya . Gestalt berasal daripada

bahasa Jerman yang bermaksud pola, bentuk atau

susuk .

UMUM 
DIARI

Diari ialah catatan pengalaman dan pemikiran

seseorang, yang ditulis setiap hari atau selang

beberapa hari. Ramai orang menyimpan diari

sebagai rekod peribadi. Kebanyakan orang tidak

gemar orang lain membaca diari mereka.

UMUM 
REVIVALISME

Revivalisme merupakan pendekatan terhadap

agama yang menekankan pengalaman keagamaan

seseorang dan bukan doktrin. Ia sering kali

dikaitkan dengan ceramah yang bersemangat dan

penuh emosi.

UMUM 
MIMPI BURUK

Mimpi buruk ialah mimpi yang menakutkan atau

pengalaman seperti mimpi yang membangunkan

orang yang tidur. Selepas terjaga daripada

kebanyakan mimpi buruk, seorang itu boleh

mengingati semula mimpi yang menyebabkan

ketakutan. Jenis peristiwa tidur lain yang menakutkan

disebut keganasan malam, berlaku tanpa mimpi

sebenar. Orang yang tidur akan terjaga dalam

keadaan takut pada awal malam, sering kali dengan

perasaan tekanan di dada. Ketakutan malam berlaku

pada permulaan semasa tidur. Mimpi buruk yang

sebenar berlaku kemudian, semasa tidur bermimpi

(lihat Tidur [Apa yang berlaku semasa tidur]).

UMUM 
EMPIRISISME

Empirisisme ialah pendekatan falsafah yang

menyatakan bahawa pengalaman ialah sumber

pengetahuan yang penting. Ia menjadi falsafah

bagi kebanyakan ahli sains.

UMUM 
METAFORA

Metafora, iaitu kiasan, ialah ungkapan yang

diambil daripada satu bidang pengalaman dan

digunakan untuk mengatakan sesuatu dalam

bidang lain. Misalnya, apabila kita berkata, “He’s a

sly fox,” kita menggunakan metafora, iaitu kita

menggunakan nama haiwan untuk menerangkan

manusia. Metafora menyatakan perbandingan

tanpa menggunakan kata “like” atau “as”. Penyataan

“He is like a sly fox” or “He is sly as a fox” ialah

perumpamaan (lihat Perumpamaan).

UMUM 
KAEDAH INDUKTIF

Kaedah induktif ialah proses berfikir iaitu

apabila seseorang itu bermula dengan pengalaman

tertentu dan kemudiannya membuat kesimpulan

secara umum.

UMUM 
MEMORI

Memori ialah kebolehan untuk mengingat

sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah

dialami. Memori merupakan bahagian penting

dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak

mengingati langsung tentang masa lampau, maka

kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang

baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik

sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap

keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara

yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami

pengalaman yang sama berulang kali untuk

“pertama kalinya”. Kita juga akan kehilangan

nikmat yang diberikan oleh memori kepada

kehidupan – nikmat kenangan yang indah di

samping kenangan yang menyedihkan.

UMUM 
POSITIVISME

Positivisme ialah kepelbagaian teori falsafah

yang dikenali sebagai empirisisme . Teori ini

menyatakan bahawa semua ilmu pengetahuan

adalah berasaskan pengalaman. Terdapat dua

bentuk positivisme yang utama. Auguste Comte,

ahli falsafah Perancis, memperkembangkan bentuk

positivisme yang pertama pada tahun 1800-an.

Bentuk yang kedua yang dikenali sebagai

positivisme logik , diperkembangkan pada tahun

1920-an di kalangan sekumpulan ahli falsafah yang

dikenali sebagai Lingkaran Vienna.

UMUM 
SYDENHAM, THOMAS

Sydenham, Thomas (1624–1689), salah seorang

doktor Inggeris yang paling dikagumi pada

zamannya. Dia berpendapat bahawa perubatan

hendaklah dipelajari melalui pengalaman di katil

pesakit dan amalan perubatan hendaklah

didasarkan pada pemerhatian, bukannya dengan

membaca buku atau menggunakan teori. Dia

merupakan pemerhati yang tajam dan memberikan

huraian yang sangat baik tentang gout, demam

skarlet, campak dan influenza.

UMUM 
123

Kembali ke atas