experience API (xAPI) | API pengalaman (xAPI) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu piawaian perisian e-pembelajaran yang membolehkan isi kandungan pembelajaran berinteraksi dengan platform sistem pembelajaran dengan cara merekod dan menjejak semua jenis pengalaman pembelajaran. Pengalaman pembelajaran pula direkodkan di dalam stor rekod pembelajaran (LRS). |
dramatized experience | pengalaman drama | Pendidikan | Tiada | Hierarki dalam kon pengalaman Dale yang menyatakan bahawa pengalaman pembelajaran boleh diperolehi melalui kaedah dan aktiviti drama. |
experience rating | pengkadaran pengalaman | insurans | Tiada | Pengkadaran berdasarkan kepada pengalaman kerugian yang lepas bagi sesuatu risiko dibandingkan dengan pengalaman kerugian untuk risiko purata. |
experience rating | pengadaran pengalaman | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pengadaran berdasarkan kepada pengalaman kerugian yang lepas bagi sesuatu risiko dibandingkan dengan pengalaman kerugian untuk risiko purata. |
phygital | fizital | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Gabungan antara pengalaman digital dengan pengalaman fizikal khususnya dalam bidang pemasaran seperti pembayaran digital di kedai makan. |
rating experience | pengalaman pengadaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah pengubahsuaian premium bagi risiko berdasarkan kepada pengalaman kerugian yang lepas bagi risiko tersebut berbanding dengan pengalaman kerugian bagi risiko biasa. |
learning experience design (LXD) | reka bentuk pengalaman pembelajaran (LXD) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu proses merancang langkah pelaksanaan pengalaman pembelajaran pelajar. Proses ini melibatkan gabungan disiplin reka bentuk pelajaran, sains neuro, psikologi kognitif, sains sosial, pedagogi pengajaran dan pemikiran reka bentuk. Hasil LXD memerihalkan aktiviti pengalaman pembelajaran (LX) yang membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Lihat juga pengalaman pembelajaran (LX). |
collective unconscious | bawah sedar kolektif | Kesusasteraan | Tiada | Ciri pengalaman dalaman manusia yang dikongsi dengan manusia lain. Konsep ini diketengahkan oleh C.G. Jung. Beliau berpendapat pengalaman secara tidak sedar bukan hanya diperoleh melalui pengalaman perseorangan, tetapi juga melalui ingatan arketip atau tipa induk turun-temurun (memori ras dalam istilah Freud). Manusia digambarkan mempunyai kecenderungan semula jadi yang sama untuk mencipta simbol-simbol tertentu yang kemudiannya dimanifestasikan dalam bentuk mitos, mimpi dan cerita rakyat. Lihat juga tipa induk. |
aesthetic experience | pengalaman estetik | Kesenian | Tiada | Pengalaman yang melibatkan emosi dan pemikiran estetik. |
immediate experience | pengalaman semerta | Pendidikan | Tiada | Pengalaman sekarang dan berterusan yang diperolehi melalui penglibatan sendiri dan bukan daripada tontonan filem televisyen, gambar dan sebagainya. |