Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.lir] | ڤڠالير

Definisi : sesuatu yg (digunakan utk) meng­alir­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.lir] | ڤڠالير

Definisi : benda-benda yg digunakan utk mengalirkan sesuatu: ~ elektrik yg baik ialah besi, perak dan tembaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengalir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
proximity effectkesan hampiranKejuruteraanTiadaPertambahan pada rintangan frekuensi tinggi berkesan bagi pengalir apabila ia dibawa berhampiran dengan pengalir-pengalir lain, disebabkan arus pusar yang teraruh pada pengalir yang dihampirinya itu.
creepage distancejarak rayapanKejuruteraanTiadaJarak terdekat di antara pengalir-pengalir yang mempunyai kekutuban yang berlawanan, atau di antara bahagian hidup dengan bumi, yang diukur di permukaan bahan penyokong.
aluminium conductorpengalir aluminiumTeknikElektrikPengalir elektrik yang mengandungi 99% aluminium tulen. Pengalir dari bahan ini tidak sesuai untuk dijadikan pengalir yang berukuran kurang daripada 10 mm persegi, kerana mudah patah dan kesan kakisannya tinggi. Oleh itu, pengalir ini biasanya tidak bertebat dan dijadikan pengalir talian atau pengalir haba yang baik untuk perkakas elektrik, seperti cerek dan tapak seterika. Pengalir aluminium mempunyai kealiran 62%, dan jika dibandingkan dengan kuprum, harganya dua kali ganda lebih murah dan 50% lebih ringan, tetapi oleh sebab rintangannya jauh lebih tinggi berbanding dengan kuprum, pengalir aluminium merupakan pengalir yang kurang baik.
insulation resistancerintangan penebatanTeknikElektrikRintangan penebat kabel di antara dua pengalir, atau rintangan terhadap kebocoran arus di sepanjang permukaan bahan penebat itu. Bagi pendawai pemasangan perumahan, jumlah rintangan penebatan ini mestilah tidak kurang daripada 1 mega ohm di antara pengalir-pengalir atau di antara pengalir dan bumi, dan 0.5 ohm di antara pengalir dengan bumi bagi peralatan yang ditanggalkan semasa ujian penebatan dijalankan.
loop testujian gelungKejuruteraanTiadaKaedah mencari kegagalan pada penebatan pengalir apabila pengalir dapat diatur untuk membentuk sebahagian daripada gelung tertutup.
solid conductorpengalir pepejalTeknikElektrikPengalir yang dibina daripada seutas dawai tunggal atau yang tidak berlembar. Pengalir begini biasanya digunakan untuk tujuan tertentu, seperti sambungan litar pemula, kabel bawah tanah, dan dawai fius. Pada amnya, kabel yang dibina daripada pengalir jenis ini sukar dilenturkan dan memberi kesan kulit yang tinggi.
coreterasTeknikElektrik1. Pengalir yang dikelilingi penebat kabel, tidak termasuk sarung kabel. Satu teras mungkin mengandungi selembar pengalir atau beberapa lembar pengalir. Sinonim ekapengalir. 2. Jisim yang menjadi tempat belitan elektromagnet. Teras ini mungkin pepejal atau udara. 3. Jasad logam dalam mesin elektrik tempat gegelung dibelitkan. 4. Seberkas lapisan besi tempat belitan sekunder dan utama pengubah dililitkan.
valence electronelektron valensTeknikElektrikElektron yang berada dalam petala paling luar sesuatu atom. Elektron valens menentukan sama ada sesuatu bahan itu pengalir, separuh pengalir, penebat, dan sebagainya.
transmission linetalian penghantaranTeknikElektrikPengalir fasa dalam sistem pengalir yang digunakan untuk membawa tenaga elektrik dari sumber bekalan (penjana) ke pencawang. Talian ini sama ada dipasang di atas tiang atau ditanam dalam tanah dengan menggunakan kabel khas. Biasanya talian penghantaran ini membawa voltan yang amat tinggi, iaitu 123-400 kV.
strandard conductorpengalir berlembarSosiologiTiadaPengalir yang mempunyai beberapa utas dawai yang dipintal bersama bagi membentuk satu teras pengalir.
12345678910...

Kembali ke atas