Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.li.ran] | ڤڠاليرن

Definisi : perihal (perbuatan, usaha dsb) mengalirkan, penyaluran (air, arus elektrik, dll), pemindahan (emas, modal dsb): ~ air ke sawah padi; ~ emas ke luar negeri dilarang oleh kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.li.ran] | ڤڠاليرن

Definisi : proses (hal dsb) mengalir atau mengalirkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengaliran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, mohon pencerahan penggunaan dari/ke atau daripada/kepada dalam pernyataan di bawah. yang mana betul? 1) Pengaliran haba dari satu molekul ke molekul yang lain. 2) Pengaliran haba daripada satu molekul kepada molekul yang lain. terima kasih.

Ayat yang betul:

Pengaliran haba daripada satu molekul kepada molekul yang lain.

 Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama ke pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama ke sering berpadanan dengan kata sendi nama dari untuk membawa maksud arah ke sesuatu tempat atau waktu. Contoh:

1. Ali menaiki kereta dari Kajang ke Seremban
2. Dia berjanji akan membaiki prestasi kerjanya dari semasa ke semasa.

 
Manakala kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Kata sendi nama kepada pula terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yan merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama kepada sering digunakan untuk berpadanan dengan kata sendi nama daripada. Contohnya:

1. Suhu badan adik meningkat daripada 37 darjah Celsius kepada 39 darjah Celsius.
2.
Surat itu bertukar tangan daripada Aminah kepada Fatimah.

Tatabahasa11.09.2021
Mohon cadangan untuk "dearterialization" iaitu proses menjahit arteri untuk mengurangkan pengaliran darah disebabkan oleh pendarahan.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

dearterialisation - dearterialisasi

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain10.02.2022
saya mahu minta pendapat/bantuan berkenaan perterjemahan bahasa english untuk syarikat saya. ini ada lah logo / cogan kata syarikat saya.Kami cadangkan slogan kedua "Pengaliran Wang demi Kebaikan" digunakan.Tatabahasa22.06.2012
Assalamualaikum, Adakah terjemahan berikut tepat? TS: Solenoid valves are used to control the flow in pneumatic and hydraulic circuits. TSS: Injap solenoid digunakan untuk mengawal aliran dalam litar pneumatik dan hidraulik. flow=aliran atau pengaliran? dalam litar atau di dalam litar? Terima kasihTerjemahan yang betul ialah Injap solenoid digunakan untuk mengawal aliran dalam litar pneumatik dan hidraulik. Penyemakan dan penterjemahan31.12.2015
Apakah istilah "filling or draining" dalam BM yang sesuai dalam konteks ayat berikut:- dredging, reclamation, deepening, filling or draining of or the discharge of any substance, matter or thing into any water source...Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa filling or draining ialah pengisian atau pengaliranPenyemakan dan penterjemahan19.05.2023
Salam apakah perbezaan antara interaksi dan interaktif? Apakah contoh ayat yang bersesuaian dengan perkataan itu?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) hlmn. 835, interaksi dan interaktif bermaksud:

Interaksi
Tindak balas antara dua atau beberapa pihak dalam bentuk komunikasi, perbuatan, tingkah laku dan sebagainya.

Contoh ayat: Kemajuan dalam bidang pengangkutan telah merapatkan lagi hubungan dan interaksi Kuala Lumpur dengan bandar-bandar yang lain.

 

Interaktif
1. (Kata Adjektif) Saling bertindak, berhubung dan sebagainya antara satu sama lain.
    
Contoh ayat: Bengkel kerja itu dapat mewujudkan suasana interaktif bagi menjalin hubungan 
    antara penggubal dasar, badan pengawalan dan industri.


2. (Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi) (Berkenaan perisian) membolehkan pengaliran
    maklumat dua hala secara berterusan antara komputer dengan pengguna.
    
Contoh istilah: permainan komputer interaktif



Makna09.01.2024

Kembali ke atas