Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngam.pu.nan] | ڤڠمڤونن

Definisi : pembebasan drpd hukuman dan tuntutan: ~ kpd pengganas-pengganas yang telah insaf dan menyerah diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngam.pu.nan] | ڤڠمڤونن

Definisi : perbuatan (hal dsb) mengampuni atau mengampunkan: ~ beramai-ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengampunan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGAMPUNAN UMUM 
AMNESTI

Amnesti ialah pengampunan oleh kerajaan bagi

jenayah yang telah dilakukan terhadapnya. Amnesti

mengembalikan semula status perundangan

pesalah kepada status perundangan mereka yang

asal sebelum mereka melakukan jenayah tersebut.

UMUM 
YOM KIPPUR

Yom Kippur ialah hari pengampunan dan hari

berpuasa yang suci bagi orang Yahudi. Hari

tersebut berada pada sekitar bulan September

dan Oktober, atau dikenali dalam bulan Yahudi

sebagai Tashreen.

UMUM 
SELASA

Selasa ialah hari ketiga dalam seminggu. Namanya

( Tuesday dalam bahasa Inggeris) berasal daripada

perkataan Tiu , atau Tiw , iaitu ejaan Anglo-Saxon

bagi Tyr , nama dewa peperangan orang purba

Scandinavia dan Iceland. Tyr ialah anak lelaki

kepada Odin, atau Woden, yang hari Wednesday

(Rabu) dinamakan sempena namanya. Orang

Perancis menyebut hari Selasa Mardi , sempena

nama Mars, dewa peperangan orang Rom. Shrove

Tuesday , hari sebelum Lent dinamakan sedemikian

kerana biasanya pengakuan dibuat di hadapan

paderi pada hari itu dan orang yang mengaku

kesalahannya diberi pengampunan (dalam bahasa

Inggerisnya, Shriven atau Shrove ) oleh paderi.

Lihat juga Minggu.

UMUM 

Kembali ke atas