Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngang.ga.ran] | ڤڠڠݢرن

Definisi : proses mengira (menghitung) secara kasar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganggaran


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penganggaranproses mengira (menghitung) secara kasar;Kamus Dewan Edisi Keempat
anggar I; anggar-anggar lebih kurang, kira-kira: isi besen itu dgn air ~ setengah; menganggar, menganggarkan mengira(kan) secara kasar sahaja, mengira-ngira(kan), mem­­perhitungkan (belanja, biaya, dll) secara kasar: adalah dianggarkan bahawa kira-kira tiga per lima penduduk dunia tinggal di Asia; jawatankuasa itu menganggarkan perbelan­jaan yg diperlukan lebih drpd RM5000; anggaran 1. jumlah yg dianggarkan, per­hitungan atau perkiraan secara kasar: beri ~ berapa liter minyak diperlukan utk perjalan­an 1000 km; ~ pendapatan dan perbelan­jaan negara; 2. lebih kurang, kira-kira: ia hendak berhenti di situ ~ empat lima malam lagi; 3. Id peraturan; ~ belanja kira-kira (kasar) belanja (kerajaan, pertubuhan, dll); ~ belanjawan kira-kira (kasar) pendapatan dan perbelanjaan; ~ dasar peraturan pokok yg menjadi dasar peraturan lain (pd pertubuhan dll); ~ rumah tangga Id peraturan yg menghuraikan atau meleng­kapkan anggaran dasar; penganggaran proses mengira (menghitung) secara kasar;Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas