Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngan.jur] | ڤڠنجور

Definisi : 1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.jur] | ڤڠنجور

Definisi : 1 orang yg menganjurkan atau mengemukakan sesuatu; pemuka; pemimpin: Tun Razak ialah salah seorang ~ kita yg telah banyak berbakti kpd negara. 2 orang (persatuan dsb) yg menganjurkan sesuatu majlis dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganjur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah mempersetuju membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung." atau "Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung." Antara ayat di atas, ayat yang manakah betul dan mengapakah ayat tersebut salah?

Ayat yang betul ialah Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung.

Ayat pertama dipinda menjadi Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah mempersetujui pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung.

 

Tatabahasa22.03.2011
Jika saya secara individu (tanpa jawatankuasa) ingin menghantar kertas kerja untuk menjadi penceramah di sesuatu organisasi, adakah dihujung kertas kerja tersebut masih perlu ada "disediakan oleh"?

Format penghantaran kertas kerja untuk pembentangan bergantung pada keperluan penganjur. Sesetengah penganjur memberikan format, seperti contoh yang berikut:

 

TAJUK KERTAS KERJA

NAMA SEMINAR/ACARA

TEMPAT

TARIKH

NAMA PEMBENTANG

ALAMAT E-MEL PEMBENTANG

NO. TELEFON PEMBENTANG (jika perlu)

 

Cara penulisan di atas dimasukkan pada halaman pertama, diikuti ABSTRAK kertas kerja. Pada halaman kedua pula dimulai dengan tajuk PENGENALAN dan seterusnya isi kertas kerja.

Walau bagaimanpun, tuan/puan sebaik-baiknya memohon dahulu format daripada penganjur supaya penulisan kertas kerja lebih terarah dan mengikut format yang disyaratkan.

Lain-lain30.04.2024
Betulkah ayat ini? Hal ini berlaku adalah kerana kecuaian pihak penganjur.Ungkapan yang betul ialah "Hal ini berlaku kerana kecuaian pihak penganjur".Tatabahasa02.05.2013
Sallehuddin Ibrahim Jul 10th, 10:22am Salam, Saya berminat menyertai program Kembara Bahasa 2015 dan mencadangkan Taiping dipilih oleh penganjur sebagai lokasi / laluan peserta Zon Tengah. Siapakah yang dilantik sebagai pengarah program KB2005 dan sudahkah pihak penganjur /urus setia menghubungi pihak negeri PerakTuan, boleh menghubungi Ketua Bahagian Sistem Maklumat, Tuan Haji Sulaiman bin Kaiat yang bertanggungjawab dalam ehwal Kembara Bahasa 2015. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel sulaiman@dbp.gov.my.Lain-lain10.07.2015
Apakah perbezaan 'pembelajaran' dan 'pemelajaran'? Yang manakah betul penggunaannya untuk istilah 'pengajaran dan pembelajaran' yang dulunya digunakan.Pembelajaran bermaksud proses memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dan lain-lain), manakala pemelajaran bermaksud proses  mengetahui sesuatu dengan mendalam. Kedua-dua kata terbitan tersebut betul namun penggunaannya bergantung pada maksud yang dikehendaki oleh penganjur. Jika penganjur menetapkan matlamat pembelajaran maka ungkapan "pengajaran dan pembelajaran" yang digunakan. Makna25.12.2009
1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya. 2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu.Sila jelaskan soalan saudara, walau bagaimanapun kedua-dua ayat tersebut betul, iaitu:
1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya
2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu.
Tatabahasa26.04.2012
Mohon terjemahan tepat bagi perkataan berikut: MALAYSIA CHAIRMAN OF ASEAN 2015Frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "Malaysia, Tuan Rumah/Pengerusi/Penganjur Persidangan ASEAN 2015" dan sila kenal pasti konteks frasa tersebut sama ada tuan rumah, pengerusi atau penganjur.Penyemakan dan penterjemahan22.09.2014
1. Sementara menanti makanan tengah hari yang sedang disediakan oleh penganjur kursus itu, kami menjamah sedikit makanan yang ada untuk mengalas perut. 2. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini bertambah harmoni. 3. Program lawatan sambil belajar kelolaan Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini akan diadakan pada hujung minggu hadapan jika pihak penganjur mendapat kebenaran daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah. Tuan, bolehkah ayat-ayat di atas dijadikan ayat tunggal?
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Ayat "Aktiviti fizikal ini dilakukan untuk pelbagai tujuan." merupakan ayat tunggal kerana mempunyai satu subjek  dan satu predikat iaitu Aktiviti ini sebagai subjek (FN)  manakala predikat ...dilakukan untuk pelbagai tujuan (FK). Predikat terdiri daripada kata kerja "dilakukan" manakala "untuk pelbagai tujuan"  berfungsi sebagai keterangan.

Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 486 untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai ayat tunggal.
Tatabahasa14.05.2020
Salam sejahtera., Saya merupakan penganjur program Bual Bicara Ilmu di Miri pada 23/6/2018 nanti. Saya ingin memohon sumbangan dalam bentuk bahan bacaan (Kamus Dewan) untuk diberikan kepada 10 orang peserta daam Slot Cabutan Bertuah. Kami amat berterima kasih sekiranya pihak tuan sudi menaja Kamus Dewan kepada peserta yg bertuah tersebut sebagai tanda menghargai kehadiran mereka. Sebagai tanda penghargaan, kami akan memasukkan logo syarikat tuan ke dalam sijil penyertaan dan buku penghargaan program kami nanti. Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di no.telefon : 0168332757. Sekian, terima kasih. Makluman program kami adalah seperti di bawah :Wassalam Puan.

Berhubung dengan permohonan puan untuk mendapatkan tajaan Kamus Dewan, saya mencadangkan agar pihak puan menyatakan hasrat tersebut menerusi surat rasmi kepada DBP dan dilampirkan sekali kertas kerja program berkenaan. Surat hendaklah ditujukan kepada Ketua Pengarah DBP dan e-mel kepada saya/03-21479485 (Shahrulnizam@dbp.gov.my) atau Encik Faisal/03-21479487 (muhdfaisal@dbp.gov.my) untuk tindakan kami.

Untuk makluman awal, stok untuk cenderamata amat terhad dan pihak kami mengucapkan terima kasih atas pelawaan puan untuk menjadi rakan penganjur program

Sekian terima kasih.
Lain-lain16.05.2018
Apakah ciri-ciri teks ucapan?Ciri-ciri  sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).Lain-lain02.07.2008
123456

Kembali ke atas