Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngan.jur] | ڤڠنجور

Definisi : 1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.jur] | ڤڠنجور

Definisi : 1 orang yg menganjurkan atau mengemukakan sesuatu; pemuka; pemimpin: Tun Razak ialah salah seorang ~ kita yg telah banyak berbakti kpd negara. 2 orang (persatuan dsb) yg menganjurkan sesuatu majlis dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganjur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
convenerpenganjurSejarahTiadaOrang yang menganjurkan satu perhimpunan umum atau perjumpaan secara formal untuk tujuan tertentu biasanya apabila timbul isu-isu yang menarik perhatian atau isu yang kontroversial.
bubbling promoterpenganjur gelembungKejuruteraanTiadaTiada
assistive sponsorpenganjur eksekutifTeknologi MaklumatTiadaSeorang individu, lazimnya presiden yang menjadi tulang belakang kepada usaha sesebuah firma untuk melaksanakan satu sistem maklumat eksekutif.
sponsor-protege coalitiongabungan penganjur-pengikutEkonomiTiadaTiada
opening remarkkata alu-aluanKomunikasiKorporat1. Ucapan yang disampaikan oleh penganjur sesuatu acara untuk mengalu-alukan kehadiran khalayak. Ucapan biasanya mengandungi kata penghargaan, menjelaskan maksud acara, pernyataan hasrat supaya acara berjalan lancar, dan harapan agar khalayak berpuas hati dengan acara yang dianjurkan. Fungsi utama kata alu-aluan adalah untuk mewujudkan daya tarikan, menyemai keakraban, dan membina keyakinan khalayak terhadap organisasi. Ucapan biasanya disampaikan oleh ketua sesebuah organisasi atau wakil ketua organisasi. Tempoh penyampaian kata alu-aluan lebih singkat berbanding ucapan utama. Perkataan dan ayat yang digunakan oleh penyampai biasanya dipilih dan diolah secara strategik untuk memastikan ucapan tersebut mendapat perhatian. Sinonim ucapan alu-aluan. 2. Kata-kata yang ditulis dalam buku cenderamata untuk sesuatu acara atau majlis. Kata-kata biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Kata-kata ini biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Lihat juga kata pengantar. 3. Kata-kata yang disusun dan diucapkan sebagai pemula sesuatu ucapan. Selalunya kata-kata yang diucapkan adalah berbentuk penghargaan kepada pengerusi majlis, penganjur, atau organisasi yang menjemput pengucap ke acara berkenaan. Kata alu-aluan juga boleh dilihat sebagai cuitan kepada sesuatu persembahan ucapan.
press previewprawara-wara akhbarKomunikasiTiadaPertemuan awal wartawan dengan pihak penganjur sebelum sesuatu acara itu diadakan. Tujuannya ialah untuk memberikan penerangan lengkap tentang acara berkenaan.
prepublicitypraserantaKomunikasiKorporatProses dan strategi yang dilakukan lebih awal oleh penganjur bagi mendapatkan tumpuan khalayak terhadap sesuatu acara sebelum dilaksanakan. Proses ini diurus secara berperingkat dan bersistematik dengan mengaturkan acara kecil yang berasingan tetapi berkaitan dengan acara utama dan melibatkan liputan media. Contohnya, sebelum acara utama perlumbaan kereta Formula 1 diadakan, pelbagai acara kecil yang berkaitan dianjurkan. Antara acara kecil tersebut termasuklah pameran model kereta yang terlibat dalam perlumbaan berkenaan dan peralatan lain yang berkaitan, pertandingan ratu cantik Formula 1 bagi memilih sukarelawan semasa perlumbaan sebenar,,dan jamuan makan malam bersama pembesar negara serta bintang Formula 1 bagi memilih sukarelawan semasa perlumbaan sebenar, dan jamuan makan malam bersama pembesar negara serta bintang Formula 1. Acara kecil tersebut bertujuan untuk mewujudkan kemeriahan dan sokongan khalayak terhadap acara utama yang akan diadakan.
visitor participationpenyertaan pelawatPelanconganTiadaPelibatan pelawat dalam aktiviti yang diadakan oleh penganjur yang meninggalkan kesan mendalam terhadap pelawat.
media junketkunjungan mediaKomunikasiKorporatLawatan sekumpulan wakil media yang dijemput dan diuruskan oleh sesebuah organisasi atau lawatan khas yang dibiayai sepenuhnya oleh organisasi penganjur. Tujuan kunjungan media adalah untuk memberikan peluang kepada pihak media menyaksikan sesuatu acara, peristiwa atau mengalami sesuatu keadaan yang baru dan boleh memberikan impak langsung secara positif kepada individu wakil media. Kunjungan ini boleh membantu pihak media memberikan publisiti yang lebih menyeluruh dan efektif. Pendekatan ini biasanya memberikan kesan perhubungan awam yang positif walaupun melibatkan kos yang tinggi. Contoh acara ialah lawatan wakil media yang diuruskan oleh bahagian perhubungan awam syarikat penerbangan untuk membuat liputan satu destinasi baru yang menggunakan pesawat model baru. Contoh lain ialah kunjungan sekumpulan media untuk mengadakan wawancara dengan pelakon atau penyanyi popular dunia di bandar raya terkenal dunia yang album atau filemnya akan dilancarkan di Malaysia. Wakil media akan dibekalkan dengan maklumat asas yang berkaitan. Keseluruhan kos kunjungan tersebut ditaja sepenuhnya oleh organisasi penganjur.
repetition of exercisesulang rutinSukanTiadaKetidakbenaran peserta mengulangi persembahan rutin, kecuali berlaku kesilapan teknik penganjur dan dengan izin juri rayuan.
123

Kembali ke atas