Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngan.ju.ran] | ڤڠنجورن

Definisi : perihal (perbuatan, usaha dsb) menganjurkan: kita perlu sedar akan mat­lamat ~ sukan rakyat itu utk generasi muda kita sekarang ini; ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat mengetengah­kan pel­bagai kebudayaan tradisi penduduk negeri Perak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.ju.ran] | ڤڠنجورن

Definisi : perihal atau perbuatan menganjurkan: ~ sukan itu mempunyai matlamat utk mengeratkan hubungan di kalangan ahli masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganjuran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jawapan yang manakah betul berdasarkan soalan berikut? Apakah tujuan penganjuran lawatan sambil belajar? a. Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar ialah memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid. b. Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar adalah untuk memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Kata pemeri ialah perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN).

Kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).


Oleh itu,  berdasarkan keterangan di atas, jawapan yang dicadangkan untuk persoalan daripada
tuan/puan ialah: Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar adalah untuk memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Tatabahasa25.08.2019
Salam sejahtera, bolehkah tanya tuan/puan yang manakah istilah yang paling sesuai? 1) Rowing (sukan melumba perahu dengan menggunakan dayung): Lumba dayung, lumba perahu dayung atau mendayung? 2) Venue (stadium/pusat sukan/bangunan/padang yang menganjurkan pertandingan sukan): tempat, gelanggang, tempat acara, tempat penganjuran acara atau lokasi penganjuran? 3) Youth Olympic Games (Sukan Olimpik bagi atlet berumur 14-18 tahun): Sukan Olimpik Belia atau Sukan Olimpik Remaja Saya ada satu pertanyaan lagi: adakah istilah "Olimpik" betul? Atau hanya "Sukan Olimpik" sahaja boleh diterima?

Menurut Istilah MABBIM, terjemahan bagi ‘rowing’ ialah lumba dayung manakala ‘venue’ ialah tempat. Jika merujuk laman web Majlis Sukan Negara, terjemahan bagi Youth Olympic Games ialah Sukan Olimpik Remaja. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, terjemahan bagi ‘Olympic’ ialah Sukan Olimpik.

Makna18.09.2021
8. Selain itu, Pengerusi telah memaklumkan Ahli, TLDM akan melaksanakan Seminar atau pun Simposium yang bertaraf antarabangsa dan penganjuran aktiviti tersebut perlulah mencapai tiga objektif iaitu segala usaha nanti untuk membawa TLDM kepada World Class Standard, sempena Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM Ke-80 dan tahun melawat Malaysia. Berlanjutan dengan itu, Pengerusi juga memaklumkan bahawa penganjuran aktiviti yang bersangkutan dengan Seminar dan Simposium haruslah diberikan penekanan agar aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan mencapai ketiga-tiga objektif tersebut. TLDM juga akan memajukan surat dan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian tersebut di mana segala aktiviti yang melibatkan Seminar dan Simposium perlu dimaklumkan kepada Kabinet serta bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan. Aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Tatabahasa13.01.2014
Perkataan 'standard' dalam bahasa malaysia bagi ayat berikut. -Penganjuran majlis hendaklah menepati peraturan dan protokol yang standard.Perkataan standard diterima dalam bahasa Melayu. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=standard untuk makna standard.Tatabahasa10.09.2013
Tuan, sukacita kiranya dapat bantu mengenai pemilihan tema untuk penganjuran kempen kesihatan antara "Budayakan Hidup Sihat" atau "Membudayakan Hidup Sihat"? Mana satu yang sesuai untuk digunakan. Sekian, terima kasih.Slogan "Budayakan Hidup Sihat" lebih tepat kerana kata kerja 'budayakan' menjadikan ayat tersebut sebagai ayat suruhan dan ayat ayat suruhan lebih berkesan dalam  wacana ini.Tatabahasa28.03.2011
Tuan, Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan penganjuran kursus penulisan surat rasmi untuk kakitangan awam. Jika ada JPJ Negeri Sarawak ingin menjemput pihak DBP untuk mengadakan kursus tersebut di Jabatan ini. Tujuannya adalah untuk memantapkan teknik penulisan surat dengan ayat/bahasa yang betul dan halus bagi kakitangan yang diminta untuk menyediakan surat/memo untuk pegawai atasan. Maklumbalas tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel  faridah@dbp.gov.my.Lain-lain02.07.2013
Mohon disemak penggunaan bahasa, bahan ini digunakan sebagai medium pengiklanan dalam Buku Cenderamata atau Buku Program memohon penajaan sebarang penganjuran acara atau program daripada pihak luar. (Lampiran disertakan) terima kasihSila terjemhakan teks bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu atau sediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu di bahagian atas dan bahasa Inggeris di bahagian bawah dengan saiz yang lebih kecil.Lain-lain04.05.2012
Saya ingin menghasilkan buku teknikal berkenaan catur yang merangkumi Undang-undang Catur, Garispanduan Menjayakan Pertandingan Catur, Sistem Pertandingan dan Penggunaan Program Didalam Penganjuran Catur. Kebanyakkan buku-buku reference adalah didalam bahasa Inggeris jadi saya bertujuan untuk mengolahnya kedalam Bahasa Malaysia/Melayu. Undang-undang Catur adalah sesuatu yang umum jadi, perlukah saya mendapat kebenaran dari mana-mana pihak untuk menerbitkannya untuk mengelak plagiarism. Juga, saya didalam usaha menerbitkan buku Belajar Bermain Catur kerana saya rasa tidak ada lagi buku sebegini didalam bahasa Malaysia/Melayu dan kalau ada pun, mungkin ia nya telah dicetak disekitar pertengahan 60an. Adakah DBP menyokong penerbitan buku-buku seperti ini dan apakah garis panduan yang perlu saya ikuti i.e. tebal buku (perlu kah ada minima/maksima muka surat), dan juga penggunaan bahasa kerana beberapa terma dan terjemahan perkataan tidak mungkin terdapat didalam Bahasa Malaysia/Melayu. Harap dapat penjelasanPihak kami mengalu-alukan hasrat Saudara untuk menulis buku tersebut. Pihak kami bersedia untuk mempertimbangkan penerbitan buku tersebut sekiranya Saudara menyerahkan manuskripnya nanti kepada DBP.  Manuskrip sebaik-baiknya dihantar dalam bentuk bercetak,  dan juga dalam bentuk digital. Manuskrip mesti lengkap dengan bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran. Bahan awalan termasuklah halaman judul manuskrip, senarai kandungan, senarai ilustrasi dan senarai jadual, jika berkenaan.  Bahan akhiran termasuklah senarai rujukan dan lampiran jika ada. Ilustrasi atau contoh ilustrasi perlu disertakan jika berkenaan. Penulis juga perlu menyertakan surat penyerahan manuskrip yang rasmi dengan keterangan lengkap berkenaan penulis dan sipnosis buku. Tebal manuskrip bergantung kepada kandungan manuskrip yang Saudara tulis dan kepada siapa manuskrip tersebut ditujukan, dan tidak ada syarat khusus mengenainya.Lain-lain09.07.2012
Adakah penggunaan istilah “Kejohanan Sukan” betul bagi satu program yang menganjurkan variasi acara sukan dalam satu tempoh yang sama? Atau hanya boleh digunakan untuk penganjuran sukan spesifik seperti contoh “Kejohanan Menembak” atau “Kejohanan Olahraga”?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan “kejohanan” bermaksud pertandingan untuk menentukan peserta atau pasukan yang layak menjadi johan bagi sesuatu acara sukan. Oleh itu, frasa “Kejohanan Sukan” boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang bersesuaian.

Istilah12.11.2023
Assalamualaikum Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bercadang untuk mengadakan Kursus Penulisan Surat Rasmi bagi semua kakitangan di Jabatan ini. Justeru, kami ingin memohon bantuan dari pihak DBP sekiranya ada cadangan bagi penganjuran kursus tersebut. Sekian, terima kasih.Puan boleh mendapatkan maklumat berkenaan hal tersebut dengan menghubungi Bahagian Akademi DBP melalui talian 03-21479593 atau 03-21479597.Lain-lain20.04.2017
12

Kembali ke atas