Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.nut] | ڤڠانوت

Definisi : pengikut (ajaran, aliran), pemeluk (agama). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.nut] | ڤڠانوت

Definisi : pengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; pemeluk (agama): ~ agama Islam yg sudah akil baligh wajib bersembahyang lima waktu sehari semalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta bantuan ejaan jawi untuk : PERTUBUHAN PENGANUT Terima KasihEjaan Jawi bagi perkataan Pertubuhan Penganut ialah ڤرتوبوهن ڤڠانوت
Ejaan28.07.2020
Soalan pertama: Adakah perkataan 'Amen' yang diucapkan oleh penganut Kristian selepas berdoa boleh diterjemahkan kepada 'Amin'? Soalan kedua: Untuk frasa 'Ya tuhan' (selain Tuhan yg Esa) atau 'Ya Tuhan' (merujuk Allah), perlukah diletak tanda koma selepas 'Ya'? Terima kasih.1. Dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan, amen diterjemahkan kepada amin, iaitu mengaminkan atau menyetujui sesuatu. Tiada maklumat dalam sumber rujukan kami tentang penggunaan kata amen/amin dalam konteks Kristian. 

2. Selepas kata seruan "Ya" tidak perlu tanda koma, contoh "Ya Allah!".

Makna09.09.2022
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih.1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan.
2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja.
3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa.
4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun.
5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur.
6. Permukaan dinding itu mula terkopak.
7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing.
Tatabahasa29.01.2013
erti pengikut dalam kamus dewan. terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengikut ialah penganut, pengiring atau peserta, iaitu orang yang turut sama atau bersama-sama dalam sesuatu perkara.Makna07.04.2010
hari Deepavali atau Hari Deepavali? alasannya. TQ.Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru.Ejaan04.09.2012
Selamat pagi. Sekolah saya baru menjalankan peperiksaan percubaan kali ke-4. Kami mengalami kekeliruan terhadap sesetengah jawapan bagi soalan berikut: 1. Penganut agama Hindu itu ____________ tangga untuk sampai ke Batu Caves. A berjalan B menaiki C menuruni D mendaki * Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menaiki' juga bermaksud 'mendaki'. 2. "Awak pergilah dulu ke kantin. Sebentar lagi, saya akan _________," kata Emily kepada En. Woon. A mengejar B menyusul C mengikuti D mengekori ** Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menyusul' juga bermaksud 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata 'menaiki' juga sama dengan 'mendaki'. Begitu juga kata ' menyusul' juga bermakna 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sila berbincang dengan pihak  sekolah tentang perkara ini.Makna08.08.2008
terangkan apakah maksud ummah?Ummah merupakan sebutan dalam bahasa Arab. Biasanya kita menyebutkannya sebagai umat yang bermaksud 1. Para pemeluk atau penganut sesuatu agama (biasanya dimaksudkan umat Islam). 2. Seluruh rakyat atau orang banyak. 3. Segolongan manusia atau bangsa.Makna04.10.2002
hari Deepavali atau Hari Deepavali yang betul penggunaan huruf besar?Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru.Ejaan05.10.2012
Salam Sejahtera. Mohon bantuan tuan untuk perkara berikut;

1. Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali.  

2. Ejaan yang betul ialah hari sukan. 

3. Ejaan yang betul ialah baju Melayu dan baju kurung. 

Ejaan23.07.2012
Salam sejahtera. Soalan saya ialah adakah kata "pewajar" boleh digunakan untuk menterjemahkan kata bahasa Inggeris "realist" berbanding terjemahan sedia ada "realis"?Realis ialah 1. orang yg berpegang pada kenyataan; 2. penganut (pengikut) faham realisme (dalam kesenian dan lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)Lain-lain19.10.2021
12

Kembali ke atas