Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.rah] | ڤڠاره

Definisi : 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Per­khidmatan dan Perjawatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.rah] | ڤڠاره

Definisi : orang yg mengarahkan; pengelola (dlm sesuatu jabatan dsb): ~ Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengarah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
director’s theatreteater pengarahKesenianDrama dan TeaterKaedah penerbitan teater secara profesional yang membahagikan kerja mengikut kepakaran tertentu di bawah pemantauan menyeluruh pengarah eksekutif atau n i berasaska r in n teate . Pelaksanaa i teater h produks pengara kepimpinan seorang pengarah bagi setiap bidang tugas seperti pengarah lakon, pengarah kostum dan rias, pengarah set dan prop, pengarah muzik dan latar bunyi, pengarah pentas dan pengarah urusan.
production directorpengarah pengeluaran; pengarah penerbitanKomunikasiTiadaTiada
production directorpengarah pengeluaran; pengarah penerbitanKejuruteraanTiadaTiada
associate directorpengarah bersekutuKomunikasiTiadaOrang yang membantu pengarah dalam semua aspek pengarahan supaya pengarah filem dapat memberi tumpuan kepada tugas utamanya iaitu mengawal aspek-aspek kreatif sesuatu penerbitan. Antara tugas pengarah bersekutu ialah membuat pecahan skrip kepada bahagian-bahagian tertentu sebelum jadual penggambaran, menjalankan kerja-kerja pentadbiran bagi pihak pengarah dan kadangkala bertanggungjawab dalam unit penggambaran serta membantu petugas-petugas penerbitan.
Drug Enforcement OfficerPegawai Penguatkuasa DadahHerbaPeraturan dan PemasaranPihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 bagi mengawal selia Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR). Pihak ini hendaklah terdiri daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara, dan tujuh orang anggota lain yang akan dilantik oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap kesihatan.
alternate directorpengarah gantianPentadbiranTiadaPengarah yang dinamakan untuk mewakili pengarah lain.
Drug Control Authority (DCA)Pihak Berkuasa kawalan Dadah (PBKD)HerbaPeraturan dan PemasaranPihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 bagi mengawal selia Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR). PKBD hendaklah terdiri daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara, dan tujuh orang anggota lain yang akan dilantik oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap kesihatan.
account directorpengarah pelangganKomunikasiKorporatJawatan dalam syarikat pengiklanan dan syarikat perhubungan awam. Fungsi jawatan ini adalah untuk menguruskan semua perkhidmatan yang diberikan oleh agensi pengiklanan atau syarikat perhubungan awam yang berkaitan dengan pelanggan. Dalam syarikat pengiklanan, seseorang pengarah pelanggan dipertanggungjawabkan kepada beberapa klien dan beliau perlu memastikan semua aktiviti pengiklanan dipantau dari peringkat awal pengurusan sesuatu iklan hingga ke peringkat akhir pengiklanan, khususnya hal ehwal kewangan, mutu pengiklanan, dan keberkesanan sesuatu iklan. Dalam perhubungan awam, pengarah pelanggan bertanggungjawab memantau segala projek perundingan perhubungan awam yang diberikan kepada klien dari peringkat awal hingga akhir. Bagi sebuah syarikat pengiklanan atau perhubungan awam yang diberikan kepada klien dari peringkat awal hingga akhir. Bagi sebuah syarikat pengiklanan atau perhubungan awam yang besar, terdapat lebih daripada satu jawatan pengarah pelanggan. Setiap penyandang jawatan mempunyai kepakaran dalam pemasaran sesuatu kumpulan barangan seperti barangan berasaskan industri atau barangan berasaskan perkhidmatan, projek yang berkaitan dengan pengurusan krisis, serta projek lain yang berkaitan dengan aspek promosi, peragaan, dan publisiti. Seseorang pengarah pelanggan yang baik, bukan sahaja dapat mengekalkan klein yang ada malah dapat menambah jumlah klien baru. Jawatan ini sangat penting dalam organisasi pengiklanan dan perhubungan awam kerana dianggap sebagai tunjang menentukan kekuatan syarikat dalam industri komunikasi korporat.
nominee directorpengarah nominiPentadbiran PerniagaanTiadaPengarah yang dilantik bagi mengendalikan syarikat atau individu yang berkepentingan.
service directorpengarah perkhidmatanPentadbiran PerniagaanTiadaPengarah syarikat yang berkhidmat dalam jawatan pengurusan atau teknikal dan memenuhi syarat-syarat lain mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan.
12345678910...

Kembali ke atas