Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.rang] | ڤڠارڠ

Definisi : 1. tali (benang dll) utk menga­rang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan); ~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.rang] | ڤڠارڠ

Definisi : 1 tali atau benang yg digunakan utk mengarang manik (bunga dll). 2 orang yg mengarang atau menulis cerita (novel dll): Beliau ~ yg terkenal di negara kita. ~ jantung buah hati; kekasih. sidang ~ kumpulan orang yg bertanggungjawab menyelenggarakan karangan utk diterbitkan; redaksi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Burung merpati terbang melambung,
     Mari hinggap di awan putih;
Buah hati pengarang jantung,
     Tuan seorang penyudah kasih.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SIAPAKAH PENGARANG-PENGARANG MELAYU PADA ABAD KE 20 DAN APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SEMIOTIKSemiotik ialah satu kajian tentang tanda. Berdasarkan kajian semiotik terdapat tiga jenis tanda yang asas, iaitu ikon, indeks dan simbol. Saudara/saudari boleh merujuk buku-buku yang membincangkan teori-teori dalam kajian sastera. Untuk mengetahui tentang pengarang-pengarang abad ke-20, saudara/saudari boleh merujuk buku "Wajah: Biografi Penulis", terbitan DBP.Lain-lain26.01.2008
SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPAKAH PENGARANG KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT,PENGARANG KAMUS DEWAN KEDUA,PENGARANG KAMUS PELAJAR EDISI PERTAMA DAN KAMUS PELAJAR EDISI KEDUA. TERIMA KASIH.Kamus Dewan Edisi Keempat diterbitkan pada tahun 2005. Kumpulan pengarang Kamus Dewan diketuai oleh Puan Noresah Baharom, ahli-ahlinya Encik Md. Nor Abd. Ghani, Encik Ibrahim Haji Ahmad, Puan Azizah Supardi, Puan Saidah Kamin, Puan Hajah Aziah Tajudin, Puan Salmah Jabar, Puan Hairani Mohd. Khalid dan Puan Rodziah binti Abdullah. Untuk maklumat lanjut/penerbitan kamus yang lain, kami cadangkan puan berhubung terus dengan pegawai kanan di Bahagian Perkamusan, iaitu Puan Salmab binti Jabar melalui e-mel salmah@dbp.gov.my.Lain-lain17.11.2012
SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPAKAH PENGARANG KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT,PENGARANG KAMUS DEWAN KEDUA,PENGARANG KAMUS PELAJAR EDISI PERTAMA DAN KAMUS PELAJAR EDISI KEDUA. SERTA TAHUN TERBITNYA KAMUS-KAMUS TERSEBUT.Kamus Dewan Edisi Keempat diterbitkan pada tahun 2005. Kumpulan pengarang Kamus Dewan diketuai oleh Puan Noresah Baharom, ahli-ahlinya Encik Md. Nor Abd. Ghani, Encik Ibrahim Haji Ahmad, Puan Azizah Supardi, Puan Saidah Kamin, Puan Hajah Aziah Tajudin, Puan Salmah Jabar, Puan Hairani Mohd. Khalid dan Puan Rodziah binti Abdullah. Untuk maklumat lanjut/penerbitan kamus yang lain, kami cadangkan puan berhubung terus dengan pegawai kanan di Bahagian Perkamusan, iaitu Puan Salmab binti Jabar melalui e-mel salmah@dbp.gov.my.Lain-lain17.11.2012
apakah yang dimaksudkan dengan pengarang dan kepengarangan "pak sako"??serta contoh dan rujukannya.Maksud pengarang ialah tentang diri pengarang tersebut seperti latar belakang/biodata (tarikh lahir, tempat lahir, pendidikan, keluarga dan sebagainya). Kepengarangan pula ialah hasil-hasil karya yang dihasilkan (contoh: genre puisi, cerpen, novel, rencana, esei/kritikan, drama dan sebagainya). Antara karya-karya (novel) penting Pak Sako ialah Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan Sidang Serangga. Sekian dan wassalam.  Lain-lain13.07.2009
Salam sejahtera, Saya tertarik dengan maksud bagi ungkapan "buah hati pengarang jantung" setelah bertukar pandangan dengan rakan universiti yang merupakan bukan penutur Bahasa Melayu. Pencarian dalam PRPM tidak menggolongkan ungkapan tersebut di bawah 'jantung' tetapi di bawah 'pengarang': "~ jantung buah hati". Pencarian dalam Google Books dan Internet banyak menunjukkan penggunaan "buah hati pengarang jantung" dan bukan "pengarang jantung buah hati". Ini merupakan fenomena yang menarik bagi saya. Setahu saya ungkapan ini bukan peribahasa. Saya amat menghargai sekiranya pihak Tuan boleh memberikan penjelasan lanjut. Sekian, terima kasih.Penggunaan buah hati pengarang jantung banyak digunakan dalam puisi Melayu yang membawa maksud menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Pengarang Jantung ialah kekasih manakala maksud buah hati pula ialah orang yg dikasihi. Ini memberikan maksud Orang yang dikasihi iaitu kekasih. Maka penggunaan buah hati pengarang jantung adalah lebih sesuai dan telah banyak digunakan dalam puisi Melayu.Penyelidikan12.06.2018
Mohon bertanya apakah yang membezakan penggunaan dua perkataan di bawah, adakah ia mempunyai perbezaan makna dan fungsi? Pengarang Penulis Kepengarangan Penulisan Terima kasih.Maksud "pengarang" / "penulis"  ialah tentang diri pengarang tersebut seperti latar belakang/biodata (tarikh lahir, tempat lahir, pendidikan, keluarga dan sebagainya)."Kepengarangan" pula ialah hasil-hasil karya yang dihasilkan (contoh: genre puisi, cerpen, novel, rencana, esei/kritikan, drama dan sebagainya).Sastera16.09.2019
saya ingin bertanya adakah pihak anda mempunyai biografi pengarang seperti Jamilah Haji Ahmad? jika ada, bagaimanakah saya boleh mendapatkannya? kerana saya telah pun cuba untuk mebaca buku Wajah yang merupakan himpunan biodata pengarang yang diterbitkan oleh DBP. namun pengarang seperti Jamilah Haji Ahmad tidak tersenarai dalam buku tersebut. Oleh itu, jika pihak anda mempunyainya, bolehkah saya mendapatkan biodata Jamilah Haji Ahmad tersebut melalui e-mail? Kerana saya memerlukannya untuk keperluan kerja kursus iaitu mencari tokoh dalam bidang filologi. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai. Sekian.Untuk pengetahuan saudara/saudari, Jamilah Haji Ahmad ialah seorang mantan pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk rujukan biografinyanya secara ringkas, boleh didapati dalam buku Sejarah Kesusasteraan Tradisional terbitan DBP. Untuk memudahkan urusan saudara/saudari boleh juga berhubung terus dengan beliau di no telefon seperti yang berikut, iaitu 03-87366437 Lain-lain21.02.2008
nama pengarang novel Tingkatan 3 panas salju ialah Talib Samad atau Talib Samat?Untuk makluman saudara, penulis novel Panas Salju yang sebenar ialah Talib SamatLain-lain28.06.2010
Saudara Pengarang, saya menghadapi masalah tentang penggunaan perkataan2 berikut: mencabuli: dan memperoleh Dalam ayat2 berikut, yang manakah betul dari segi tatabahasa: Orang asing itu mencabuli kehormatan gadis itu. Orangasing itu mencabul kehormatan gadis itu. Dia telah memperoleh buku itu daripada Perpustakaan. Sila beri satu contoh ayat untuk menggunakan perkataan "memperolehi" Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka berterusan. Adakah ayat di atas betul? Sekian, terima kasih. Peter JohnsonAyat yang betul ialah i. Orang asing itu mencabul kehormatan gadis itu. ii. Dia telah memperoleh(daripada beroleh, tidak ada bentuk perolehi) buku itu daripada perpustakaan. iii. Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka secara berterusan. Tatabahasa12.05.2008
Mengapakah terjadinya penciplakan intertekstualiti dalam pembikinan hasil karya tempatan dan bagaimanakah cara untuk menanganinya?Ciplak secara ringkasnya mengambil karya orang secara sepenuhnya dan memasukkan ke dalam karya kita. Justeru, ciplak salah di sisi undang-undang. Akan tetapi, intertekstualiti bukan ciplak. Ia merupakan pengolahan dan penyesuaian yang kreatif oleh seseorang pengarang pada karyanya. Dalam erti kata lain, sebuah teks menghasilkan teks yang lain. Ini biasa berlaku. Jika saudara memahami intertekstualiti dengan baik dan menguasai hipogram, maka saudara akan lihat betapa banyaknya karya merupakan intertekstualiti. Sejarah Melayu misalnya merupakan intertekstulaiti daripada Hikayat raja-raja Pasai. Demikian juga dengan sejumlah besar karya Shahnon Ahmad, merupakan intertetestulaliti daripada pengarang-pengarang yang lain. Oleh sebab itu, pengaruh bacaan seseorang pengarang pada karya-karya lain tidak dapat dielakkan yang kemudiannya menghasilkan intertekstualiti.Lain-lain21.04.2007
12345678910...

Kembali ke atas