Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.rang] | ڤڠارڠ

Definisi : 1. tali (benang dll) utk menga­rang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan); ~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.rang] | ڤڠارڠ

Definisi : 1 tali atau benang yg digunakan utk mengarang manik (bunga dll). 2 orang yg mengarang atau menulis cerita (novel dll): Beliau ~ yg terkenal di negara kita. ~ jantung buah hati; kekasih. sidang ~ kumpulan orang yg bertanggungjawab menyelenggarakan karangan utk diterbitkan; redaksi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Burung merpati terbang melambung,
     Mari hinggap di awan putih;
Buah hati pengarang jantung,
     Tuan seorang penyudah kasih.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collagerekatanKesusasteraanPuisiPuisi moden yang memasukkan, menampal atau melekatkan bahan-bahan asing,juga kutipan-kutipan daripada pengarangpengarang lain yang bertujuan untuk menjelaskan maksud yang hendak disampaikan. Sinonim kolase.
author cataloguekatalog pengarangPerpustakaanTiadaKatalog abjad bagi entri-entri pengarang dan entri tambahan pengarang seperti editor, penterjemah, pengarang bersama, badan korporat, perkataan pertama bagi judul atau sebarang perkataan atau nama yang digunakan sebagai tajuk untuk entri utama.
implied authorpengarang tersiratKesusasteraanTiadaPengarang yang wujud di sebalik teks atau pengarang yang merancang dan memaknakan teks. Pengarang menghasilkan teks secara tersirat, dan hanya boleh ditanggapi oleh imaginasi pembaca melalui proses pembacaan yang berulang-ulang dan penuh penghayatan. Pengarang tersirat berbeza dengan pengarang sebenar atau narator.
author as characterpengarang sebagai watakKesusasteraanTiadaPengarang karya kreatif yang memasukkan dirinya sendiri sebagai salah seorang watak dalam cereka yang dihasilkannya. Konsep ini diajukan oleh Jonathan Wilson dalam sebuah makalah yang diterbitkan dalam The Literary Review. Kehadiran pengarang sebagai watak dalam cerekanya sendiri bukan perkara baharu. Keadaan ini dapat dilihat pada bentuk cereka yang dinamakan autobiographical fiction. Berbeza dengan cereka autobiografi, kemasukan pengarang sebagai watak dalam cereka bukan bertujuan menggambarkan watak tersebut secara persis seperti pengarang yang hidup, atau memperlihatkan realiti sebenar yang dialami oleh pengarang tersebut atau dunia sebenar yang dihuninya. Pada satu pihak, penggunaan pengarang sebagai watak dalam sesebuah cereka memberi kesan bahawa cereka yang disajikan itu adalah benar, iaitu sama benarnya dengan pengarang yang hidup dalam dunia nyata. Di pihak yang lain, pengarang sebagai watak dapat memberikan kesan bahawa pengarang itu sendiri tidak nyata kerana sama seperti watak lain dalam cerita, wataknya adalah rekaan semata-mata. Lihat juga fiksyen autobiografi.
authorial intusioncelahan pengarangKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, bentuk celahan pengarang dapat dilihat pada penggunaan �kalam�, �kertas� dan �dakwat� seperti dalam novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi. Contohnya, �llahu Akbar, di sini lemahlah kalam daripada melata di atas kertas yang bersih ini pada menggoreskan apa-apa yang berlaku di antara kedua asyik dan maksyuk ini di dalam peraduannya. Tetapi oleh sebab bersangatan kalam takutkan kemurkaan sekalian tuan-tuan pembaca yang dikasihi, terpaksalah juga kalam mendayu-dayu dan bergurindam dengan syair yang melipurkan sedikit asyik cinta berahi kalam yang berlamaan akan kertas yang saf ini�. Lihat juga metafiksyen, pengisah ketara.
dramatic structurestruktur dramatikKesusasteraanTiadaStruktur yang dirancang oleh pengarang dalam karya sastera untuk memberikan kesan tertentu pada karya tersebut. Perancangan pengarang bertujuan untuk menyelesaikan konflik dalam sesebuah karya sastera, khususnya novel dan drama. Perancangan ini terdiri daripada lima bahagian, iaitu pengenalan, aksi menaik, klimaks, aksi menurun, dan penyelesaian. Kelima-lima bahagian ini ditentukan oleh konflik yang menjadi dasar perancangan tersebut. Struktur dramatik ini berasaskan struktur drama tragedi Yunani. Dalam perkembangan seterusnya, struktur ini tidak lagi diakari dengan tegar oleh pengarang-pengarang moden. Contohnya, drama berjudul No Exit oleh John-Paul Sartre, dan drama Dinsman tertajuk Una tidak lagi memperlihatkan struktur drama ini.
implied readerpembaca tersiratKesusasteraanTiadaPembaca yang diingini dalam imaginasi pengarang semasa pengkaryaan. Seseorang pengarang mengandaikan bahawa pembaca tersirat sependapat dengannya mengenai watak dan situasi yang dialami dalam cerekanya. Pembaca tersirat yang diinginkan biasanya dapat ditanggapi oleh pengarang melalui bentuk dan isi cereka tersebut. Contohnya, pembaca tersirat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad ialah pembaca yang sedia maklum tentang kesusahan dan kesukaran kehidupan di kampung, khususnya masyarakat tani.
tonenadaKesusasteraanTiadaPerasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan.
author fullnenssnama penuh pengarangPerpustakaanTiadaNama penuh pengarang yang digunakan pada entri pengarang di dalam katalog bagi membezakan daripada nama penuh sekunder.
composite authorspengarang bergabungPerpustakaanTiadaBeberapa orang pengarang yang memberi sumbangan masing-masing bagi penghasilan sebuah karya, berbeza dengan 'pengarang bersama'.
12345678910...

Kembali ke atas