Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ra.ngan] | ڤڠارڠن

Definisi : 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengarangan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengarangan1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengarangan atur cara(program writing)1. Proses menulis kandungan sebenar atur cara dalam kod bahasa pengaturcaraan yang digunakan. 2. Proses menyiapkan atur cara.Kamus Komputer
sistem pengarangan(authoring system)Sistem yang digunakan untuk memudahkan pembentukan bahan kursus bagi sistem pengajaran bantuan komputer.Kamus Komputer
bahasa pengarangan(authoring language)Bahasa pengaturcaraan yang dicipta untuk memudahkan pembinaan perisian kursus bagi sistem pengajaran bantuan komputer tanpa memerlukan pengaturcaraan.Kamus Komputer
sistem mel elektronik(electronic mail system)Sistem yang berkaitan dengan proses pengarangan, penghantaran, penerimaan, penyimpanan, pembacaan, dan penghalaan semula surat, pesanan, atau mesej melalui sistem rangkaian komputer.Kamus Komputer
struktur blok(block structure)Struktur atur cara yang terdiri daripada blok data atau blok subrutin bagi memudahkan pengarangan atur cara dan pengujian dilakukan.Kamus Komputer
arang I1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad; ~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~ batu lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim yg menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg berwarna kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg telah atau setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~ periuk jelaga pd periuk; ~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya; berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~ prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari; jika tiada tersapu ~ di muka, drpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi); mem­basuh­kan ~ yg terconteng di muka prb meng­hilangkan malu; terpijak benang ~, hitam tapak prb perbuatan jahat, jahat akibatnya; mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang; mengarangkan menjadikan arang; pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas