Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ra.ngan] | ڤڠارڠن

Definisi : 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengarangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
authoringpengaranganTeknologi MaklumatTiadaProses mencipta bahan multimedia interaktif atau perisian kursus dengan menggunakan perisian pengarangan. Pengarangan multimedia menggunakan beberapa alat daripada penyuntingan teks kepada alat menangkap dan memanipulasi imej video atau menyunting fail audio.
authoring system; Br. sistem pengarangan; Id. sistem pengarangan)sistem pengaranganTeknologi MaklumatPerisianSistem yang direka bagi membantu tugas dalam kerangka organisasi yang membenarkan automasi kebanyakan tugas yang memerlukan kemahiran pengaturcaraan yang tinggi. Contohnya, dalam produksi multimedia memerlukan beberapa alat pengarangan dan kemahiran bagi memudahkan penghasilan produk multimedia tersebut.
authoring languagebahasa pengaranganTeknologi MaklumatPerisianBahasa skrip yang digunakan untuk membina produk multimedia yang interaktif. Kebanyakan bahasa ini dikaitkan dengan alat pengarangan yang sering digunakan seperti Macromedia Authorware, Director, Toolbook, Flash dan DreamWeaver. Lihat juga alat pengarangan.
authoring languagebahasa pengaranganTeknologi MaklumatTiadaBahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk tujuan pengarangan bahan multimedia atau perisian kursus. Bahasa ini biasanya berbentuk bahasa skrip. Contohnya Lingo.
authoring toolalat pengaranganTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang digunakan untuk membina produk yang interaktif. Penggunaan perisian ini tidak memerlukan kepakaran atau pengetahuan pengaturcaraan yang tinggi tetapi cukup sekadar mengetahui kegunaan setiap fungsi yang disediakan oleh perisian tersebut. Terdapat banyak alat pengarangan di pasaran, namun alat pengarangan yang sering digunakan ialah Macromedia Authorware, Director, Toolbook, Flash dan DreamWeaver. Perisian ini banyak digunakan untuk membangunkan modul latihan dan pembelajaran. Bagi memastikan modul yang dibangunkan berkualiti, piawaian antarabangsa seperti Shareable Content Object Reference Model (SCORM) perlu dipatuhi.
ScriptXSkripXTeknologi MaklumatPerisianBahasa pengaturcaraan berorientasikan objek yang dinamik. SkripX mempunyai kelas perpustakaan untuk tujuan pengaturcaraan multimedia. Walaupun SkripX mempunyai alat pengarangan terbina dalam, tetapi SkripX itu sendiri bukan merupakan alat pengarangan. SkripX ini berguna untuk pelaksanaan aplikasi pelayan pelanggan terutamanya pembangunan multimedia. SkripX mudah dipelajari berbanding bahasa pengaturcaraan tradisional lain seperti C++ kerana mempunyai kelas pustaka yang lengkap.
authoringpengaranganTeknologi Maklumate-PembelajaranProses mereka bentuk dan membangunkan bahan pengajaran atau latihan berbentuk multimedia atau perisian kursus.
program writingpengarangan atur caraKomputerTiadaTiada
authoring languagebahasa pengaranganKomputerTiadaTiada
authoring systemsistem pengaranganKomputerTiadaTiada
123

Kembali ke atas