Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll: ia masih memikirkan tentang ~ wang kpd seluruh manusia dan seluruh dunia; berpengaruh mempunyai pengaruh, berkua­sa: Dato’ Ujang bukanlah sebarang orang, ia berharta dan ~; kesusasteraan dan seni tampak bentuk tradisional terus ~ di Malaysia; mempengaruhi berpengaruh atas, meng­gunakan pengaruh kpd, menguasai: kedua-dua kaum itu berlumba-lumba berikhtiar utk ~ umat Arab ke pihak masing-masing; pengaruh-mempengaruhi saling mempe­ngaruhi: ~ menyebabkan pertimbangan utk pelantikan itu menjadi kacau dan menyeleweng; terpengaruh kena pengaruh, dipengaruhi, dikuasai: ~ oleh prasangka; ~ oleh kata-kata manis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : (Fiz) induktor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : 1 daya atau kebolehan yg dpt mengubah perangai (kepercayaan dll) orang; kuasa yg dpt mengubah sikap atau menarik perhatian orang: Agama Islam mempunyai ~ yg besar terhadap kemajuan sains dan ilmu astronomi. 2 kuasa yg disebabkan oleh kekayaan atau pangkat: Beliau telah menggunakan ~nya utk menyelesaikan pertikaian itu. berpengaruh ada pengaruhnya; berkuasa: Beliau memang ~ di kampung ini. mempengaruhi mengenakan pengaruh pd; berpengaruh pd: Iklim ~ kehidupan manusia dan cara mereka mencari nafkah hidup. terpengaruh dipengaruhi; kena pengaruh: Jangan ~ dgn anasir-anasir jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengaruh (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti, tekanan;,
Kata Terbitan : berpengaruh, mempengaruhi, terpengaruh,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang tepat "bebas dari pengaruh" ataupun "bebas daripada pengaruh"?Salam sejahtera,

Penggunaan ayat yang tepat ialah "bebas daripada pengaruh..." 

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa09.01.2020
pengaruh media massa dalam mendaulatkan bahasa melayu

Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui pembacaan dan penelitian buku-buku dan makalah yang berkaitan serta melakukan kajian lapangan. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk membuat penyelidikan.

Lain-lain09.04.2010
PENGARUH MEDIA MASSA DALAM MENDAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN

Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui pembacaan dan penelitian buku-buku dan makalah yang berkaitan serta melakukan kajian lapangan. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk membuat penyelidikan.

Lain-lain09.04.2010
apakah pengaruh peadaban islam yang pertama dalam manuskrip ?

Sila rujuk bahan ini :

    
    

   

 

1. Kesusasteraan Melayu Lama dan Warisan Peradaban Islam / Dr. Ismail Hamid . Fajar Bakti : 1983

2. Peradaban dalam Islam / Muhammad Uthman el-Muhammady . Pustaka Aman Press . 1982

3. Islam dalam sejarah dan kebudayan Melayu : suatu mukadimah mengenai peranan Islam dalam peradaban sejarah MElayu-Indonesia dan kesannya dalam sejarah pemikiran,bahasa dan kesusasteraan MElayu / Muhaamd Naguib Al Attas . ABIM.1990

Lain-lain19.09.2008
Ayat manakah yang betul? A) Pengaruh media massa adalah salah satu punca berlakunya gejala sosial. B) Pengaruh media massa ialah salah satu punca berlakunya gejala sosial.Jawapan yang betul ialah (A) kerana kata pemeri 'adalah' digunakan sebagai penegas. Sebagai pilihan, kata 'merupakan' juga boleh digunakan bagi menggantikan 'adalah'.Tatabahasa16.11.2010
Apakah perbezaan maksud perkataan kesan dengan pengaruh?Menurut Kamus Dewan Edisi Kempat, kesan mempunyai pelbagai maksud, yang salah satu daripadanya bermaksud pengaruh (pada pemikiran, sikap, watak, dsb) yang timbul akibat daripada menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yang mendalam kepada pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yang timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yang turut timbul selain daripada kesan utama yang dikehendaki atau yang telah dijangkakan.

Pengaruh pula bermaksud kuasa yang terbit daripada orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yang meninggalkan kesan kepada orang (lain) dll:
ia masih memikirkan tentang ~ wang kepada seluruh manusia dan seluruh dunia.

 

Makna03.04.2017
Pengaruh Bahasa Inggeris terhadap perkembangan bahasa Melayu kiniBahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik tidak terkecuali dalam hal ini dan menerima unsur/pengaruh daripada bahasa luar termasuk bahasa Inggeris. Untuk maklumat lanjut saudara perlu membuat kajian dan rujukan kepustakaan  tentang perkara ini di perpustakaan di tempat saudara atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui alamat khidmat1@dbp.gov.my.Lain-lain20.06.2010
apakah yang dimaksudkan dengan "pengaruh iklan dan pemasaran terhadap diet dan pemakanan kanak-kanak" dari segi hurufiah dan konseptual....

Apa yang boleh kami bantu ialah menakrifkan kata demi kata (merujuk Kamus Dewan), iaitu: pengaruh = kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll; iklan = pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll; pemasaran = perihal atau perbuatan memperdagangkan; terhadap = berkenaan, mengenai, tentang; diet = 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk seseorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll); pemakanan = 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll 2. perbuatan (proses) makan; kanak-kanak =  budak lelaki atau perempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun). Untuk maksud keseluruhan frasa sila rujuk artikel atau buku yang ditulis tentang perkara tersebut.

Makna02.07.2008
Saya Safeena Marga Pitaksuksan Pelajar Universiti Fatoni Selatan Thailand ingin bertanya DBP tentang Pengaruh Bahasa Arab TerimakasihYa, bahasa Melayu memang berkait rapat dengan bahasa Arab. Banyak kata-kata Arab terserap dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-13 lagi sejak penemuan batu bersurat Terengganu. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu merupakan pengaruh terkuat kemasukan/peminjaman kata Arab dalam bahasa Melayu. Belum ada kamus khusus kata pinjaman daripada bahasa Arab terbitan DBP. Walau bagaimanapun dalam Kamus Dewan pada entri kata tertentu dilabelkan sebagai Ar yang bermaksud etimologi kata itu daripada bahasa Arab dan diikuti maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya, pada entri kata tabaruk ditulis "Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa".Lain-lain28.01.2017
Saya Safeena Marga Pitaksuksan Pelajar Universiti Fatoni Selatan Thailand ingin bertanya DBP maklumat tentang pengaruh Bahasa ArabYa, bahasa Melayu memang berkait rapat dengan bahasa Arab. Banyak kata-kata Arab terserap dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-13 lagi sejak penemuan batu bersurat Terengganu. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu merupakan pengaruh terkuat kemasukan/peminjaman kata Arab dalam bahasa Melayu. Belum ada kamus khusus kata pinjaman daripada bahasa Arab terbitan DBP. Walau bagaimanapun dalam Kamus Dewan pada entri kata tertentu dilabelkan sebagai Ar yang bermaksud etimologi kata itu daripada bahasa Arab dan diikuti maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya, pada entri kata tabaruk ditulis "Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa".Lain-lain28.01.2017
12345678

Kembali ke atas