Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll: ia masih memikirkan tentang ~ wang kpd seluruh manusia dan seluruh dunia; berpengaruh mempunyai pengaruh, berkua­sa: Dato’ Ujang bukanlah sebarang orang, ia berharta dan ~; kesusasteraan dan seni tampak bentuk tradisional terus ~ di Malaysia; mempengaruhi berpengaruh atas, meng­gunakan pengaruh kpd, menguasai: kedua-dua kaum itu berlumba-lumba berikhtiar utk ~ umat Arab ke pihak masing-masing; pengaruh-mempengaruhi saling mempe­ngaruhi: ~ menyebabkan pertimbangan utk pelantikan itu menjadi kacau dan menyeleweng; terpengaruh kena pengaruh, dipengaruhi, dikuasai: ~ oleh prasangka; ~ oleh kata-kata manis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : (Fiz) induktor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : 1 daya atau kebolehan yg dpt mengubah perangai (kepercayaan dll) orang; kuasa yg dpt mengubah sikap atau menarik perhatian orang: Agama Islam mempunyai ~ yg besar terhadap kemajuan sains dan ilmu astronomi. 2 kuasa yg disebabkan oleh kekayaan atau pangkat: Beliau telah menggunakan ~nya utk menyelesaikan pertikaian itu. berpengaruh ada pengaruhnya; berkuasa: Beliau memang ~ di kampung ini. mempengaruhi mengenakan pengaruh pd; berpengaruh pd: Iklim ~ kehidupan manusia dan cara mereka mencari nafkah hidup. terpengaruh dipengaruhi; kena pengaruh: Jangan ~ dgn anasir-anasir jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengaruh (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti, tekanan;,
Kata Terbitan : berpengaruh, mempengaruhi, terpengaruh,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
automaticitykeautomatikanPendidikanTiadaKeupayaan jantung menentukan kadarnya bebas daripada pengaruh-pengaruh autonomik.
automaticitykeautomatikanPerubatanTiadaKeupayaan jantung menentukan kadarnya bebas daripada pengaruh-pengaruh autonomik.
critical periodtempoh gentingSosiologiTiadaKala sesuatu organisma sangat peka terhadap pengaruh-pengaruh tertentu yang dapat membawa perubahan-perubahan perilaku.
keeperpengekalKejuruteraanTiada1. Pengekal: Pengalir magnet, yang ditempatkan pada hujung magnet kekal, digunakan untuk menyempurnakan litar magnet bagi magnet kekal, demi melindungi magnet kekal itu daripada pengaruh-pengaruh penyahmagnetan.,3. Anak tangga atau galas boleh gerak yang di bawah pada kotak gandar.
principle of superpositionprinsip superposisiFizikMekanik1 (Mekanik) Prinsip yang menyatakan bahawa apabila dua daya atau lebih bertindak ke atas suatu zarah, daya hasilnya merupakan jumlah vektor daya-daya tersebut. 2. (Fizik) Prinsip dalam sistem fizik yang menyatakan bahawa jika beberapa pengaruh bertindak ke dalam suatu sistem, pengaruh hasilannya merupakan jumlah pengaruh-pengaruh tersebut yang bertindak semasa berasingan.
air core inductorpengaruh teras udaraTeknikElektrikGegelung pengaruh yang dibelitkan tanpa sebarang teras, dan terpaksa menyokong dirinya sendiri. Pengaruh jenis ini mudah digerakkan, seperti gegelung dalam pembesar suara atau mikrofon magnet.
combination trapperangkap gabunganKejuruteraanPetroleumPerangkap hidrokarbon di subpermukaan yang mempunyai kedua-dua ciri iaitu ciri pengaruh stratigrafi dan pengaruh struktur. Perangkap jenis ini lebih kerap ditemui.
oceanic influencepengaruh kelautanGeografiTiadaPengaruh lautan terhadap iklim sesebuah kawasan.
social influencepengaruh sosialKomunikasiKorporatLihat pengaruh masyarakat.
domestic influencepengaruh domestikPentadbiranPentadbiran Awam

Kuasa persekitaran dalaman yang boleh menentukan matlamat, hala tuju, dasar, pendekatan dan keberkesanan organisasi. Pengaruh domestik biasanya berkait rapat dengan persekitaran dalaman organisasi seperti keupayaan staf, pengurusan, stail kepimpinan, kemudahan infrastruktur, program yang dilaksanakan, budaya organisasi, perhubungan dan komunikasi interpersonal, sikap dan motivasi staf, kemudahan pembelajaran dan peningkatan kemahiran. Kuasa ini juga berkait rapat dengan persekitaran luaran seperti kemajuan teknologi, gaya hidup, persaingan, kestabilan politik, kekukuhan ekonomi, persekitaran sosial dan perubahan pasaran buruh. Pengaruh domestik boleh membawa kesan yang positif atau negatif kepada keupayaan sesebuah organisasi.

12345678910...

Kembali ke atas