Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ruh.mem.pe.nga.ru.hi] | ڤڠاروه -  ممڤڠاروهي

Definisi : saling mempe­ngaruhi: ~ menyebabkan pertimbangan utk pelantikan itu menjadi kacau dan menyeleweng; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengaruh-mempengaruhi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah kata yang tepat? Mempengaruhi ataupun memengaruhi. Harap boleh mendapat penjelasan. Sekian, terima kasih.Penggunaan yang tepat ialah mempengaruhi. 
Mempengaruhi bermaksud berpengaruh atas, meng­gunakan pengaruh kepada, atau menguasai.
Lain-lain06.09.2021
Yang manakah kata yang tepat? Mempengaruhi ataupun memengaruhi. Harap boleh mendapat penjelasan. Sekian, terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah mempengaruhi, kata dasar pengaruh menerima apitan meN-...-i, sama seperti mempelopori dan mempercayai.Tatabahasa06.09.2021
bagaimanakah bahasa asing mempengaruhi perkembagan bahasa melayu, khususnya di sekolah-sekolah di malaysia?Bahasa Melayu seperti bahasa moden yang lain tidak terlepas menerima pengaruh daripada bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu dututurkan oleh ratusan juta manusia daripada pelbagai etnik dan bangsa sudah pasti pesat berkembang dan dalam proses tersebut sedikit sebanyak turut dipengaruhi oleh bahasa-bahasa lain. Soalan saudara sebenarnya terlalu luas  untuk dibincangkan dalam wahana yang sebegini dan memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak. Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk makalah atau buku yang berkaitan dengan tajuk tersebut.Lain-lain28.11.2009

Kembali ke atas