Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ruh.mem.pe.nga.ru.hi] | ڤڠاروه -  ممڤڠاروهي

Definisi : saling mempe­ngaruhi: ~ menyebabkan pertimbangan utk pelantikan itu menjadi kacau dan menyeleweng; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengaruh-mempengaruhi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
literary relationshubungan sasterawiKesusasteraanTiadaHubungan kesusasteraan antara dua negara yang melibatkan kegiatan terjemahan karya sastera, unsur pengaruh-mempengaruhi dalam sastera, atau antara dua orang pengarang dari negara yang berbeza. Hubungan sasterawi biasanya digunakan dalam kesusasteraan bandingan. Contohnya, hubungan sasterawi antara Arab-Parsi dengan Jerman seperti dalam karya West-Eastern Divan oleh pengarang tersohor zaman Geothe yang dipengaruhi oleh karya Goethe (Jerman).
formbentukKesusasteraanTiadaPrinsip organisasi sesebuah karya sastera berdasarkan struktur dan stail. Bentuk berbeza dengan isi, namun dalam proses pengkaryaan, kedua-duanya berkembang serentak, saling berkaitan dan pengaruh-mempengaruhi. Kedua-duanya boleh dianalisis secara berasingan bagi tujuan kritikan. Contohnya, puisi berbentuk pantun mempunyai struktur tertentu, iaitu mempunyai pembayang maksud dan maksud, dan isi kandungannya dipengaruhi struktur tersebut. Bentuk juga bermaksud jenis karya atau genre seperti novel, drama, dan cerpen.
peer groupkelompok sebayaSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang seangkatan umurnya. Kelompok ini tidak semestinya terdiri daripada satu kaum, tempat tinggal atau kelas sosial yang setara tetapi mereka berada dalam lingkungan umur yang sama. Kelompok sebaya ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik apabila cenderung pengaruh-mempengaruhi sesama mereka. Pengaruh sekolah dan ibu bapa yang selama ini ditanam dalam jiwa anak muda boleh berubah apabila mereka telah bercampur dengan kelompok sebaya. Golongan pelajar ketika di universiti dianggap sebagai kelompok sebaya yang sangat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Sinonim kelompok setara.
civil societymasyarakat sivilSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang memiliki ruang penyertaan antara pemerintah dengan orang ramai. Ruang tersebut bertindak sebagai medan aksi atau interaksi antara kedua-duanya. Penyertaan masyarakat mempunyai pelbagai sifat sama ada secara individu dengan pemerintah seperti aktivis sosial dan organisasi dengan pemerintah atau organisasi bukan kerajaan (NGO). Interaksi ini melahirkan ciri-ciri aksi yang bersifat pengaruh mempengaruhi, tawar-menawar, desakan dan gesaan, manipulasi, timbal-balik dan imbang-mengimbangi khususnya dari sudut ideologi politik, penyuaraan kepentingan, pelaksanaan dasar dan juga persaingan politik. Masyarakat yang mempunyai aksi atau interaksi dengan pemerintah yang seimbang dalam ruang ini dikatakan sebagai masyarakat yang demokratik. Sementara negara yang ruang aksinya dikuasai oleh pemerintah diklasifikasikan sebagai tidak demokratik. Contohnya, ruang aksi antara rakyat dan pemerintah di Singapura adalah sempit dan dikawal oleh pemerintah.
social influencepengaruh sosialPsikologiPsikologi UmumPerubahan dalam tingkah laku individu akibat kehadiran atau tindakan orang lain di sekeliling. Apabila individu berinteraksi, biasanya tingkah laku mereka boleh mempengaruhi atau dipengaruhi oleh orang lain. Contohnya, dalam satu kajian di kaki lima di kota raya New York, satu kamera di pasang untuk merekod pengaruh tingkah laku tertentu. Satu papan tanda dipasang di tingkat 6 bangunan di seberang jalan. Apabila ramai kelompok terpengaruh melihat papan tanda itu, maka semakin ramai yang lalu di situ dan berhenti melihat papan tanda yang sama. Pengaruh sosial boleh berlaku daripada tingkah laku yang mudah seperti satu cadangan sampailah kepada tingkah laku yang kompleks seperti indoktrinasi. Tingkah laku harian orang ramai boleh dipengaruhi dengan mudah dengan keakuran.
influencepengaruhSains PolitikHubungan AntarabangsaTeknik menguasai hubungan sesama aktor politik. Teknik ini bertujuan supaya sesuatu pihak mendorong pihak lain untuk membuat sesuatu yang tidak akan dibuat tanpa dorongan tersebut. Pengaruh berbeza dengan kuasa kerana teknik ini tidak melibatkan unsur pemaksaan sebaliknya melibatkan unsur dorongan atau pujukan. Dalam konteks perhubungan antarabangsa, sesuatu pihak yang berpengaruh memiliki sumber tertentu seperti kekuatan ekonomi, kekuatan politik dan kekuatan persenjataan. Kekuatan ini menjadi sumber untuk tawar-menawar dengan pihak yang lain. Contohnya, Amerika Syarikat berjaya mempengaruhi Turki untuk menggunakan pangkalan tentera negara tersebut dalam misi menjatuhkan rejim Saddam Hussein pada tahun 2003.
burial metamorphismmetamorfisme timbusGeologiTiadaSejenis metamorfisme rantau gred-rendah yang mempengaruhi sedimen dan batuan volkano saling lapis di dalam geosinklin tanpa sebarang pengaruh orogenesis atau perejahan magma.
advocacy approachpendekatan pembelaanPengurusanPerancanganAktiviti atau tindakan seseorang atau kumpulan untuk mempengaruhi sesuatu keputusan dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan sama ada melalui cara politik, ekonomi, media mahupun pengaruh sosial. Tindakan ini dilakukan untuk memenuhi kepentingan diri atau kumpulan yang disokong. Contohnya, syarikat yang melobi pihak berkuasa untuk menghalang usul perundangan yang boleh menjejaskan prestasi syarikatnya.
super stratumstratum atasSosiolinguistikTiadaTatatingkat teratas dalam kepelbagaian Iinguistik atau seperangkat bentuk yang telah mempengaruhi struktur atau penggunaan bahasa yang kurang dominan dalam satu-satu masyarakat. Ini adalah hasil daripada kedominanan politik, sosial dan ekonomi dan dapat dilihat seperti pengaruh bahasa Inggeris. Peningkatan pinjaman perkataan adalah contoh yang baik.
contestationpersainganSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan saling mempengaruhi antara individu, kelompok dan organisasi dalam sesuatu arena seperti ideologi, sokongan masyarakat, idea atau pemikiran. Situasi ini wujud dalam dua bentuk yang utama iaitu, persaingan yang bersifat positif apabila pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang sihat dan bermoral bagi memperoleh pengaruh masing-masing seperti menonjolkan manifesto, poster dan imej yang baik tanpa menghina pihak lawan. Contohnya, penggunaan poster secara berleluasa di kalangan parti politik dalam memperoleh undi semasa pilihan raya. Bentuk kedua merupakan persaingan yang bersifat negatif iaitu pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang bersifat matlamat menghalalkan cara seperti sabotaj, tikam belakang, fitnah, kawalan undang-undang, indoktrinasi intelektual, kronisme dan nepotisme untuk mendapatkan sokongan.
12

Kembali ke atas