Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.si.ngan] | ڤڠاسيڠن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pem­buangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.si.ngan] | ڤڠاسيڠن

Definisi : perbuatan atau hal mengasingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengasingan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
APARTEID

Aparteid bermula dari tahun 1948 hingga tahun

1991 adalah dasar kerajaan Afrika yang berdasarkan

kepada pengasingan kaum. Perkataan aparteid

bermakna pengasingan dalam bahasa Afrika, satu

daripada bahasa rasmi Afrika Selatan.

UMUM 
SEGREGASI

Segrerasi ialah pengasingan kumpulan manusia

mengikut adat atau mengikut budaya. Ia lazimnya

berasaskan perbezaan asal usul etnik, agama,

kekayaan, atau budaya. Sesetengah orang

menganggap perbezaan sedemikian amat

penting.

UMUM 
KUARANTIN

Kuarantin ialah pengasingan orang, tempat atau

haiwan yang berkemungkinan membawa penyakit

berjangkit yang berbahaya. Tempoh kuarantin tertakluk

kepada tempoh masa yang diperlukan untuk

melindungi daripada penyakit tertentu.

UMUM 

Kembali ke atas