Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.si.ngan] | ڤڠاسيڠن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pem­buangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.si.ngan] | ڤڠاسيڠن

Definisi : perbuatan atau hal mengasingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengasingan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intensity of segregationkeamatan pengasinganKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah perubahan umum purata agregat molekul terhadap perubahan umur molekul individu. Nisbah ini digunakan untuk mengukur pengasingan separa keamatan pengasingan sifar. Keamatan pengasingan bernilai sifat pada keadaan makrobendalir dan bernilai satu pada keadaan mikrobendalir.
separation of forcepeleraian tentera;peleraian kuasa;pengasingan tentera;pengasingan kiraanSejarahTiadaTiada
segregation intensity modelmodel keamatan pengasinganKejuruteraanKejuruteraan KimiaModel pengasingan separa bendalir yang berdasarkan umur, kerencaman tercampur, dan resapan dari agregat ke agregat molekul yang berbeza. Nilai turun naik kerencaman akibat pengasingan tempatan ini dicirikan oleh keamatan pengasingan.
Mendelian inheritance lawshukum pewarisan MendelSains ForensikTiadaHukum pewarisan genetik yang menerangkan tentang pengasingan kromosom dan pengasingan bebas bahan genetik. Hukum ini menjadi asas bagi ujian paterniti forensik kerana gen seorang anak adalah diwarisi sebahagian daripada ibu dan sebahagian lagi daripada bapanya.
allopatric speciationpenspesiesan alopatriBiologiEkologi1. Pengasingan satu populasi menjadi dua unit evolusi atau lebih, iaitu hasil pengasingan pembiakan yang disebabkan oleh pengasingan geografi dua subpopulasi. 2. Pembentukan spesies baru dalam jangka masa panjang akibat pemencilan geografi.
coefficient of alienationpekali pengasinganPsikologiPsikologi UmumKaedah statistik yang mengukur kekurangan hubungan antara dua pemboleh ubah. Pekali pengasingan dikira dengan mengambil punca kuasa dua daripada perbezaan antara satu dengan pekali korelasi yang dikuasaduakan. Sinonim koefisien pengasingan.
gravity segregationpengasingan gravitiKejuruteraanTiadaPengasingan bahan menggunakan perbezaan berat bahan-bahan itu.
postmating isolating mechanismmekanisme pengasingan pascapengawananBiologiGenetikCara pengasingan populasi/spesies yang beroperasi selepas pensenyawaan seperti pembezaan masa dan tempat.
premating isolating mechanismmekanisme pengasingan prapengawananBiologiGenetikCara pengasingan populasi/spesies yang beroperasi sebelum persenyawaan seperti ketidaksesuaian kelakuan dan mekanikal.
second division segregationpengasingan pembahagian keduaBiologiGenetikAnalisis tetrad apabila pengasingan alel berlaku semasa pembahagian kedua meiosis dan menghasilkan corak askus 2:2:2:2.
12345678910...

Kembali ke atas