Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngau.di.tan] | ڤڠاءوديتن

Definisi : pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngau.di.tan] | ڤڠاءوديتن

Definisi : perbuatan atau hal mengaudit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengauditan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TUan/Puan, Penggunaan perkataaan ADALAH Bolehkah perkataan adalah digunakan dalam ayat seperti berikut: 1. Tujuan pengauditan dijalankan ADALAH BAGI menentukan keberkesanan.....; atau 2. Tujuan pengauditan dijalankan ADALAH UNTUK menentukan keberkesanan.....; atau 3. Tujuan pengauditan dijalankan ADALAH menentukan keberkesanan.....; atau 4. Tujuan pengauditan dijalankan BAGI/UNTUK menentukan keberkesanan.....; Mohon pencerahan tuan/puan.Kata pemeri "adalah" mesti diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif, seperti dalam contoh ayat pertama dan kedua. Dalam ayat ketiga kata sendi nama "untuk/bagi" perlu hadir selepas kata "adalah" bagi melengkapkan ayat, namun dalam ayat keempat kata pemeri "adalah" boleh digugurkan.Tatabahasa28.02.2014
Adakan DBP menerbitkan buku yang bertajuk Audit Hutan atau Pengauditan Hutan di Malaysia, Sejarah Audit Hutan atau Pengauditan Hutan di Malaysia ataupun yang lebih kurang dengan tajuk tersebut. Sekian terima kasihTuan boleh menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP untuk bertanyakan berkenaan penerbitan buku ini.Nombor telefon Kedai Buku Koperasi ialah 03-21479636. Terima kasih.Lain-lain30.06.2014
Salam sejahtera. Saya pelajar UPSI telah diberi tajuk kajian iaitu "pemantauan dan pengauditan bahasa DBP".. Apakah peranan DBP dalam pemantauan dan pengauditan bahasa tersebut? Harap dapat membantu. Terima kasih

         Program Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam dilaksanakan sebagai susulan daripada arahan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk memantau pelaksanaan Pekeliling Bil. 9 Tahun 2011, Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam bagi menegaskan pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan.  Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam ini bertujuan untuk membuat penilaian tentang tahap dan mutu bahasa Melayu yang digunakan bagi maksud urusan rasmi dalam negara, urusan rasmi antarabangsa, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam, perkhidmatan kaunter, maklum balas aduan dalam akhbar dan isu media massa serta paparan dan peragaan. Program ini dilaksanakan dengan melihat dua aspek utama, iaitu:

 

(i)      Tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam, dan

(ii)     Mutu bahasa kebangsaan  yang digunakan.


DBP melakukan pemantauan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam, sektor awam, sektor swasta dan aduan pengguna. Pemantauan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan yang mencakupi papan iklan premis perniagaan, papan iklan luar, gegantung, kain rentang,  penamaan bangunan dan jalan, pusat beli-belah dan lain-lain.

 
Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak yang melakukan kesalahan bahasa supaya kesalahan tersebut dibaiki atau surat penghargaan kepada pihak yang mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan serta yang baik dan betul.

 

Lain-lain30.10.2016
Tuan/Puan, Saya memohon pandangan untuk mendapatkan perkataan yang sesuai dalam Bahasa Malaysia mengenai frasa ini: "Key Audit Matters". Ia merupakan terma dalam bidang pengauditan yang merujuk kepada perkara-perkara utama yang diberi perhatian yang signifikan semasa pengauditan dijalankan. Mohon bantuan untuk frasa yang sesuai dalam Bahasa Malaysia, cadangan: "Perkara Utama Audit". Mohon mendapat maklum balas seberapa segera yang boleh sebelum 3 Mac 2018. Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan Perkara Utama Audit untuk Key Audit Matters boleh diterima.Penyemakan dan penterjemahan01.03.2018
Mohd Zulkifli ToneExcel Aug 19th, 8:55am Assalamualaikum dan selamat pagi, saya mencari buku asas pengauditan oleh takiah iskandar. Bagaimana nya?Semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com Selain itu, buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain19.08.2015
Apakah perkataan bahasa melayu yang paling tepat untuk "root cause"? **Merujuk kepada "root cause" yang digunakan dalam istilah pengauditan.Perkataan bahasa Melayu yang paling tepat untuk "root cause" ialah punca. Makna20.11.2018
Sijil Audit Berdasarkan 'Emphasis of Matter' (apakah terjemahannya)Berdasarkan konsep dan maksud "Emphasis of Matter" dalam konteks pengauditan, maka dicadangkan "Sijil Audit Berdasarkan Saranan Utama"Makna10.11.2014
Untuk makluman tuan saya ditugaskan di seksyen yang baru di jabatan kami. iaitu Seksyen Inspektorat. Tugas utama Seksyen ini adalah melaksanakan audit terhadap Pengurusan Rekod yang dilaksanakan di Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Saya mengalami masalah untuk memberi pengertian, makna dan perbezaan di antara: a. Isnpektorat b. Audit Apakah yang dimaksudkan dengan Inspektorat dan Audit ataupun pengauditan. Bolehkan tuan/puan memberi pandangan dari segi bahasa, istilah dan maksud bagi membolehkan kami melaksanakan tugas dan fungsi sesuai dengan yang dimaksudkan. Sekian, terima kasihMerujuk sumber rujukan kami padanan kata inspectorate dalam sumber rujukan kami ialah Jemaah Pemeriksa, melihat-lihat dengan teliti untuk mengetahui betul tidaknya; atau dalam konteks sekolah/pendidikan ialah Jemaah Nazir. Kata audit pula bermaksud pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (berkaitan dengan akaun), manakala pengauditan merujuk hal memeriksa dan mengesahkan sesuatu akaun. Berdasarkan makna yang tersebut seksyen puan menjalankan kerja pemeriksaan (bukan audit/pengauditan) seperti sebuah Badan/Jemaah Pemeriksa.Makna12.01.2011
Assalamualaikum / Salam Sejahtera, Berkenaan dengan penggunaan perkataan "dalam/dalaman" untuk audit. Yang manakah yang lebih tepat dan betul? Audit dalam atau audit dalaman?

Assalamualaikum Encik Hanafi,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, audit dalam bermaksud peme­rik­saan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri untuk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dengan betul.

Menurut istilah bahasa Melayu pula, audit dalaman pula digunakan dalam bidang pentadbiran dan istilah sumbernya ialah "internal audit'. Audit dalaman membawa maksud pemeriksaan terhadap keperluan dan kesahihan segala perbelanjaan yang dilakukan dalam sesuatu organisasi bertujuan untuk menilai kecekapan dan kebolehpercayaan bahagian perakaunan organisasi tersebut. Bahagian yang sering menerima audit dalaman ialah bahagian pentadbiran yang melibatkan penyemakan segala perbelanjaan dan penggunaan barangan pejabat. Dalam pengauditan dalaman, semua baucer, invois dan dokumen lain diperiksa ketepatan dan kesahihannya sebelum dibayar atau direkod secara rasmi.

Kesimpulannya, kedua-dua perkataan diterima namun pemilihan kata yang sesuai mestilah berdasarkan konteks ayat.

Sekian. Terima kasih.

Istilah30.01.2018

Kembali ke atas